Kenapa burung kecil yang bertenggek pada kabel elektrik tak terjadi apa-apa walaupun berada pada kabel 750Kv? Rupanya ini sebabnya

Kenapa burung kecil yang bertenggek pada kabel elektrik tak terjadi apa-apa walaupun berada pada kabel 750Kv? Rupanya ini sebabnya

 

Pernah tidak bila anda keluar rumah lalu lihat banyak burung yang bertenggek di kabel-kabel elektrik, namun tiada apa yang terjadi padanya.

Sedangkan Pelbagai langkah khas diambil pada juruelektrik proffesional semasa membaiki atau menyentuh kabel elektrik bervoltan tinggi. Seperti memakai kasut, sarung tangan penebat khas.

Kabel Voltan Tinggi Yang Bahaya

Kabel voltan tinggi, dari 275Kv ke 750Kv (750,000 Volt) jika dibandingkan dengan arus elektrik rumah hanyalah 240 Volt.

Jika terpegang kabel elektrik voltan tinggi pastinya seseorang itu terus dipanggang atau hangus.

Namun, burung kecil yang bertenggek pada kabel elektrik tersebut tidak terjadi apa-apa walaupun berada pada kabel 750Kv. Adakah mereka ini sebenarnya mempunyai kelebihan?

Ini kerana, burung yang bertenggek diatas kabel elektrik tidak bersentuhan dengan tanah pada masa yang sama. Kita sebahagian dari burung tersebut jejak ke tanah maka mererka juga akan terus terkena renjatan elektrik.

Kuprum (Copper) merupakan pengalir eletrik terbaik berbanding badan burung. Jadinya arus akan melalui wayar dan melangkau (bypass) badan burung yang kurang konduktif (pengalir elektrik)

Akan tetapi, burung yang mempunyai saiz badan yang besar sering terkena renjatan elektrik. Ini kerana kaki mereka kadangkala berpijak pada kabel bersebelahan atau tiang kabel yang menyebabkan berlakunya litar pintas. (Kabel 1 tidak boleh bersentuhan dengan kabel 2).

Kalau manusia pegang pasti berlaku litar pintas dan kekejangan, kenapa tidak kepada burung?ini penjelasannya

Oleh itu, besi tajam dipasang diatas plet seramik penebat bagi mengelakkan burung besar daripada bertenggek disitu. Apa kata anda?