Kenapa kalau kerajaan tutup kilang arak, geng kongsi gelap yang paling gembira?

Kenapa kalau kerajaan tutup kilang arak, geng kongsi gelap yang paling gembira?

 

Setiap kali berlaku kemalangan akibat pemandu mbuk, memang akan ada seruan supaya kilang arak ditutup.

Permintaan tersebut dibuat dengan nada marah. Kerana yang mencari nafkah mati.

Manakala yang tidak bertanggungjawab pula masih dikurniakan kesempatan untuk bernafas.

Tetapi permintaan sedemikian boleh menghamburkan kesan tedung (sebuah solusi yang mengeruhkan lagi keadaan).

Dalam ekonomi, suatu barangan hanya wujud di pasaran kerana adanya permintaan.

Jika rakyat lapar, makanan akan masuk dalam pasaran. Jika rakyat dahaga, air akan masuk dalam pasaran. Jika rakyat demam, ubat akan masuk dalam pasaran. Cuba kalau haramkan penjualan makanan, air dan ubat – tentu sekali rakyat boleh mendapatkannya melalui pasaran gelap.

Itulah masalah yang menyebabkan kerajaan iktiraf rokok dan ar4k. Dan sebenarnya saranan rakyat untuk mengharamkan sedang melebarkan senyuman gerombolan kongsi gelap.

Jika kilang-kilang ar4k ditutup, permintaan arak masih lagi berkekalan. Malaysia mempunyai 32.7 juta rakyat – 38.7% atau 12.65 juta daripadanya bukan Islam.

Sudahlah banyak, segelintir dalam golongan Islam pun meminum ar4k juga.

Menggunakan data 2014, sebanyak 11.6% juta rakyat Malaysia meminum arak [1]. 11.6% ialah 3.79 juta orang. 23.6% daripada 3.79 juta orang ini pula meminum secara berisiko tinggi.

Bermakna inilah permintaan dalam negara, yang akan menguntungkan kongsi gelap jika kilang ditutup.

Apabila arak tidak dipantau, kandungannya sudah pasti merbahaya. Pihak polis pernah merampas 600 botol arak tiruan di Komtar [2].

Dr Dzulkefly Ahmad pula mengumumkan bahawa 21 kematian berlaku pada September 2018 angkara keracunan arak [3].

Mereka meminum jenama Grand Royal Whisky, Mandalay Whisky dan King Fisher yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 (senang kata arak tidak diluluskan).

Berdasarkan kejadian-kejadian ini, pengharaman ar4k hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Lebih ramai akan m4buk kerana kandungan yang tidak diketahui.

Kerajaan dinafikan kutipan cukai untuk membendung masalah kesihatan kerana arak.

Tetapi kerajaan juga perlu mengeluarkan perbelanjaan bagi merawat golongan yang sakit kerana keracunan arak. Dan perbelanjaan itu datang daripada tidak lain dan tidak bukan percukaian dibayar rakyat.