“Kenapa kamu delete semua bukti chat ustaz?” – Caprice persoal sahabat Ebit Liew padam bukti chat Mondy Tatoo

“Kenapa kamu delete semua bukti chat ustaz?” – Caprice persoal sahabat Ebit Liew padam bukti chat Mondy Tatoo

 

Sebelum ini, penyanyi rap, Caprice menafikan dakwaan bersubahat dengan wanita Indonesia bernama Mondy untuk menjatuhkan Ustaz Ebit Lew.

Tambah Caprice, dia turut meminta sahabat baik kepada Ebit Lew iaitu Ustaz Derry Sulaiman untuk membuat sesi ‘live’ dan membuka chat di antara beliau dan Mondy bagi menunjukkan bukti kononnya wanita tersebut mengaku berbohong di dalam podcast untuk mendapatkan wang.

Kenapa kamu delete

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Caprice turut meminta Ustaz Derry menunjukkan profile dan nombor Mondy kepada umum seperti yang dilakukan olehnya. Namun begitu, Caprice mendakwa ustaz berkenaan telah memadam kesemua ‘bukti’ chat di antaranya dengan Mondy.

Salam ustaz @derrysulaiman kenapa kamu delete semua “bukti” chat? Kamu sudah fitnah dan sebar fitnah kepada masyarakat Indonesia, Malaysia, dan ibu bapa Mondy. Kami ada rakam semua content dan live ustaz dan kita akan ambil tindakan di Indonesia dalam masa terdekat.

Ujar pelantun suara ‘Kau Hade’ ini lagi, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap ustaz tersebut di Indonesia dalam masa terdekat kerana menyebar fitnah kepada seluruh masyarakat Malaysia, Indonesia dan keluarga Mondy.

Terdahulu, Caprice berkata, telefon Mondy sebenarnya telah diambil oleh pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut. Justeru itu, perkara yang berlaku ini membuatkan dirinya tertanya-tanya bagaimana Mondy boleh menghubungi Ustaz Derry.

Dakwa Caprice lagi, wanita bertatu itu membahasakan dirinya Mondy bukannya Mondi seperti dalam mesej yang ditunjukkan Ustaz Derry.