Kenapa Takiyuddin, Hadi sembunyikan alasan pecat Takiri?

Kenapa Takiyuddin, Hadi sembunyikan alasan pecat Takiri?

Sudah dapat gading, tanduk tidak berguna lagi. Itulah perumpamaan yang boleh disamakan dengan sikap Pas terhadap pemimpin yang begitu banyak berbakti terhadap parti tersebut sekarang ini.

Rata-rata pemimpin yang dimaksudkan ini adalah mereka yang bertungkus lumus membersihkan parti Islam itu daripada dikuasai kelompok liberalis pro Anwar Ibrahim diketuai Mat Sabu.

Kejayaan mereka melumpuhkan kumpulan yang lebih popular digelar ‘Jebon’ itu dilihat berjaya melancarkan semula hala tuju yang mahu dibawa presidennya, Hadi Awang termasuk dalam isu paling hangat ketika itu iaitu memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi kekal dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Namun, disangka panas hingga ke malam, rupanya banjir di tengah hari. Pejuang pembersihan parti itu pula kini habis terbuang selepas daripada keputusan pemilihan parti mereka baru-baru ini.

Dusuki, Mokhtar Senik, Nik Abduh dan Zuhdi Marzuki, perancang utama penyingkiran ‘Jebon’ tewas dalam pemilihan tersebut.

Malah lebih memeranjatkan, bekas Menteri Sawit yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali atau digelar Takiri turur tersingkir meskipun mwmberikan khidmat cemerlang sewaktu mengetuai kementeriannya.

‘What goes around comea around’, demikian kata pepatah Inggeris. Apa yang dirasai ‘Jebon’ dahulu, kembali ditimpakan pula kepada mereka.

Menurut sumber dalaman parti, kelompok ulamak terbuang dalam pemilihan kali ini merupakan pendokong kuat kepada geng penyatuan ummah Muafakat Nasional (MN), sedangkan presiden parti, Hadi Awang merupakan pendokong kuat penyatuan Melayu Perikatan Nasional (PN).

Meskipun wujud usaha melantik semula mereka yang tewas demi memastikan perjalan parti kembali lancar tanpa diganggu gugat pihak musuh, namun usaha tersebut semakin membawa barah di dalam parti itu.

Suara-suara pro MN yang ditaja UMNO terus bermaharajalela acapkali mesyuarat diadakan, terutamanya oleh Nik Abduh dan Takiri sendiri.

Maka mahu tidak mahu, Hadi terpaksa mengarahkan Setiausaha Agung (SUA) Pas, Takiyuddin Hassan yang bergelar Mr. Publika sekarang ini bertindak memecat Takiri, walaupun edah pelantikan semulanya sebagai Jawatankuasa Kerja Pas Pusat belum selesai.

Bertindak daripada keputusan itu, maka berlaku pula perang mulut antara Takiri dan Takiyuddin selepas Takiri meminta SUA Pas itu mengumumkam alasan pemecatan terhadap dirinya bagi mengelakkan fitnah terus ditabur ke atas dirinya, seperti yang dilaporkan oleh portal FMT.

Takiyuddin dalam nada menyindir seperti dilaporkan Malaysiakini mencabar Khairuddin, atau mana-mana pemimpin yang tidak berpuas hati dengan tindakan parti untuk tampil membuat dakwaan bahawa isu MN dan PN adalah punca pemecatan tersebut.

Perang mulut antara kedua-dua pemimpin parti itu dusemarakkan lagi dengan kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz apabila anak kepada mantan Menteri Besar Kelantan itu tampil mempertahankan sahabatnya yang dipecat.

Nik Mohamad Abduh yang juga AJK Pas Pusat dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa berkata, Pas seharusnya segera memberi penjelasan rasmi mengenai pemecatan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu bagi membina persepsi yang baik kepada parti, demikian seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Ini kerana katanya, adalah menjadi hak rakyat untuk mengetahui sebab pengguguran Mohd Khairuddin yang dikaitkan dengan isu disiplin kerana ia membabitkan ‘kerosakan’ kepada akhlak berjemaah.

“YB Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali adalah seorang pemimpin Pas yang amat kuat menyokong usaha-usaha bagi memulihkan hubungan Pas dan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) yang semakin suram cahayanya.

“Apabila Datuk Seri Setiausaha Agung Pas (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) dengan lantang menolak alasan pengguguran beliau daripada AJK Pusat atas faktor perselisihan antara MN dan Perikatan Nasional (PN), maka nyatalah ia adalah disebabkan hal lain. Ia masalah disiplin dalam parti.

“Jika masalah disiplin dalaman, maka penjelasan harus diberikan kepada publik, bukan hanya kepada ahli parti sahaja. Ia kerana pengguguran itu telah dimasyhurkan secara rasmi oleh pimpinan parti Pas. Bukan bocor atau viral sahaja,” katanya.

Tambahnya, umum mengetahui Mohd Khairuddin merupakan antara figura utama pimpinan parti dengan kedudukannya sebagai bekas menteri daripada Pas dan kini masih memegang jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas.

“Tiga pihak yang akan terjejas atau rasa terhiris dengan ‘pencalaran’ tersebut. Diri beliau sendiri, para penyokong beliau atau pastinya Majlis Syura Ulamak Pas juga. Beliau memegang satu jawatan besar yang termaktub dalam Perlembagaan Pas.