Kenyang makan di rumah terbuka kawan, lelaki terkejut beruk tuan rumah mesej minta bayar RM112 sekepala

Kenyang makan di rumah terbuka kawan, lelaki terkejut beruk tuan rumah mesej minta bayar RM112 sekepala

 

Gembiranya bukan kepalang, seorang lelaki merasa sungguh teruja saat dijemput hadir ke majlis makan malam di rumah sahabatnya.

Turut diundang bersama beberapa orang rakan lain, mereka juga membawa buah tangan sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah.

Menghidangkan pelbagai jenis juadah yang membangkit selera, jamuan makan malam di rumah sahabatnya itu berjalan dengan lancar.

Setelah selesai menikmati aneka hidangan yang disediakan, rata-rata tetamu kemudian beransur untuk pulang ke rumah masing-masing.

Terkejut beruk dibuatnya, tetamu yang hadir terperanjat saat mendapat kiriman mesej dari tuan rumah meminta mereka membuat bayaran.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Eropah Barat di mana tuan rumah meminta bayaran sebanyak £20 iaitu kira-kira RM112.98.

“Kami dijemput ke rumah kawan untuk makan malam. Kami bawa bersama sebotol wain yang bagus sebagai buah tangan.

“Tuan rumah kemudian menghantar mesej untuk meminta wang daripada setiap tetamu! Saya fikir ini gila. Bukankah munasabah sekiranya saya marah?

“Bagi saya, saya tidak akan meminta tetamu untuk membayar makanan sekiranya saya yang menjemput mereka,” katanya.

Tidak berpuas hati, lelaki itu meluahkan perasaannya dan meminta pendapat di sebuah forum media sosial iaitu Mumsnet.com.