Kenyataan diputar belit, PU Syed mohon portal berita terkenal jangan jadi batu api

Kenyataan diputar belit, PU Syed mohon portal berita terkenal jangan jadi batu api

 

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed dilihat memberikan teguran terhadap sebuah portal terkenal yang dikatakan telah memutar-belitkan kenyataannya berhubung isu poligami.

“Lain Yang Diberi, Lain Pula Yang Korang Keluarkan..”

Menerusi hantaran di Instagram PU Syed,  portal berita berkenaan dikatakan telah mengubah kenyataannya mengenai isu poligami menyebabkan dirinya menjadi kecaman netizen di media sosial.

“Mohon mStar Online tidak menjadi batu api dan senang-senang ubah statement yang diberi. Tak pasal-pasal ambe jadi sasaran kecaman netizen!!

Lain yang diberi, lain pula yang korang keluarkan. Ada yang dipotong, dan ada yang ditambah! Dari kalian tersebar benda tak betul.” – tegur PU Syed

Ada Yang Mahu PU Syed Ambil Tindakan Undang-Undang?

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang, malah ada yang menyarankan pendakwa bebas itu mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita berkenaan.

“Selalu macam tu. Suka ambil cerita tak habis sebab nak orang click. Antara punca-punca fitnah ja diorang ni. Sebab tu tak boleh follow page-page macam ni. Mengundang fitnah kalau tak tau.”

“Saman je Ustaz, Saya dah lama unfollow page tu. Melampau-lampau.”

“Saman je Ustaz, zaman sekarang tu je cara nak cegah fitnah.”

“Melampau fitnah diorang ni.”

“Diorang ni tak serik-serik.”

“Nak buat berita pun janganlah di luar sempadan agama. Beradablah dengan agama. Jangan gunakan agama untuk dapat sambutan keuntungan diri. Takut-takut di akhirat banyak nak kena jawab dengan Allah..”