Kenyataan media ketua pembangkang, YB Adly Zahari

Kenyataan media ketua pembangkang, YB Adly Zahari

NOTA BICARA

YB ADLY BIN ZAHARI

PENGERUSI PAKATAN HARAPAN NEGERI MELAKA

Kestabilan politik merupakan perkara penting yang menjadi asas utama dalam kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan usaha ke arah pemulihan ekonomi negara. Tanpa kestabilan politik adalah sukar untuk memastikan usaha pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan, khususnya dalam era ke arah endemik Covid-19.

Melalui Sidang Media YB Datuk Seri Utama Ir Ts Haji Idris bin Haron ADUN Sungai Udang bersama tiga (3) lagi ADUN iaitu:

i. YB Datuk Norhizam bin Hassan Baktee, ADUN Pengkalan Batu,
ii. YB Datuk Noor Effandi bin Ahmad, ADUN Telok Mas; dan
ili. YB Datuk Haji Nor Azman bin Haji Hassan, ADUN Pantai Kundor yang jelas menyatakan bahawa mereka tidak lagi bersama Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Haji Utama

Sulaiman bin Md Ali, maka Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Haji Utama Sulaiman bin Md All tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar (majoriti) Ahli Dewan Undangan Negeri untuk terus mentadbir Kerajaan Negeri Melaka.

Selaras dengan peruntukan Perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka yang berbunyi “Jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Undangan Negeri makaKetua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat, melainkan jika atas permintaannya Yang di-Pertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri”.

4. Memandangkan kita masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang menjejaskan kesihatan dan ekonomi rakyat, keutamaan Pakatan Harapan Negeri Melaka pada masa ini adalah untuk memastikan kestabilan politik negeri ini bagi memastikan pentadbiran yang cekap, bertanggungjawab dan telus dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat.

5. Sehubungan dengan itu, sebelas (11) ADUN Pakatan Harapan bersama empat (4) ADUN Bebas ini berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi membincangkan tentang usaha yang boleh diambil bagi memastikan kestabilan politik negeri dan kesinambungan pentadbiran kerajaan akan dapat diteruskan.