Kenyataan ‘sembah syaitan’, Wadi Annuar tampil mohon maaf

Kenyataan ‘sembah syaitan’, Wadi Annuar tampil mohon maaf

 

Penceramah Mohamad Wadi Annuar Ayub membuat permohonan maaf susulan kenyataannya dalam ceramah yang menegur segelintir orang Melayu menyertai perarakan Thaipusam baru-baru ini.

Wadi berkata, pada ceramah itu beliau menegaskan menjadi kesalahan dalam Islam untuk menyertai perayaan agama lain yang berbentuk keagamaan.

“Bagaimanapun, saya terlepas pandang apabila menyebut perkataan ‘sembah syaitan’ dan kekhilafan itu daripada diri saya sendiri,” katanya dalam kenyataan memetik portal FMT.

Wadi berkata, beliau tidak berniat menghina atau menyinggung perasaan penganut agama lain.

“Dengan ini, saya memohon maaf kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu di atas kenyataan tersebut. Di sini juga saya ingin menyatakan bahawa saya sangat menghormati semua masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya.