Kenyataan terbaharu Ketua Pengarah KKM cetus kemarahan awam

Kenyataan terbaharu Ketua Pengarah KKM cetus kemarahan awam

Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan medianya memberitahu bahawa kebenaran rentas negeri mungkin hanya akan dipertimbangkan untuk dibenarkan semula hanya setelah tahap pengambilan vaksin oleh rakyat negara ini mencapai 80 peratus.

Dalam respon netizen terhadap kenyataan beliau itu, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cadangan ini, malah menggelarnya mengarut. Ini setelah kerajaan sebelum ini telahpun memberi jaminan bahawa pengambilan vaksin Covid-19 ini bukanlah sesuatu yang diwajibkan buat masa ini.