Keputusan di Sungai Kandis bukti MUDA diperkuda Tun M pecahkan undi PHBN
Pemerhati politik tanahair menganggap usaha Tun M membantu Perikatan Nasional menawan Selangor dalam PRN lepas di anggap berjaya menerusi pencalonan parti MUDA pimpinan anak didiknya, Syed Saddiq.
Perkara ini terbukti selepas calon PHBN di Sungai Kandis tewas gara-gara calon parti MUDA berjaya melarikan hampir 1400 undi seterusnya memberikan kemenangan kepada calon Perikatan Nasional dengan majoriti tipis 167 undi.
Sementara itu, memetik Berita Harian Online, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata saranan bekas pemimpin parti, Tan Sri Lim Kit Siang, agar Pakatan Demokratik Bersatu Malaysia (MUDA) bergabung dengan DAP adalah pandangan peribadi.
“Itu pandangan peribadi Tan Sri Lim Kit Siang. Kami tidak mempunyai keputusan dan perancangan sedemikian. Fokus kita ialah memperkukuh parti.
“Dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti sebelum ini, kita mengarahkan Pemuda Sosialis DAP memperkukuh dari segi pengambilan bagi memupuk pemimpin muda kita sendiri sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Jadi, tidak timbul soal bergabung dengan parti lain,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat CEC parti yang di Ibu Pejabat DAP, hari ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, MUDA tidak memenangi sebarang kerusi pengundi, malah parti itu didakwa memecahkan undi Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) hingga gabungan kehilangan beberapa kerusi.
Parti itu dikritik di media sosial dengan penyokong menyalahkan mereka kerana memecahkan undi dalam saingan kerusi Sungai Kandis di Selangor yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) menerusi majoriti 167 undi.
Wan Dzahanurin Ahmad dari PN memperoleh 28,926 undi manakala Zawawi Ahmad Mughni dari PH mendapat 28,759 undi, sementara Afriena Shaqira dari MUDA memperoleh 1,341 undi.
Jun lalu, Kit Siang dilaporkan menaruh harapan supaya MUDA bekerjasama dengan PH dan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dalam PRN enam negeri yang selesai Sabtu lalu.
Dalam pada itu, Loke berbangga memperoleh 60 peratus undi Melayu berbanding 20 peratus Cina dan 15 peratus India di DUN Chennah yang ditandinginya.
“Kejayaan itu sangat signifikan kerana kita memperoleh undi majoriti dari Melayu,” katanya.