Keputusan gunakan Vellfire tindakan terbijak kerajaan PH, dakwa Tengku Zafrul

Keputusan gunakan Vellfire tindakan terbijak kerajaan PH, dakwa Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul membuat kejutan apabila mendedahkan perancangan kerajaan PH bagi menukar kenderaan rasmi menteri kabinet daripada Proton Perdana kepada Toyota Vellfire adalah tepat dan betul.

Ketika menjawab secara bertulis isu yang dibangkitkan MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam sidang parlimen sebelum ini, Zafrul mengakui kerajaan Perikatan Nasional telahpun meluluskan pertukaran kenderaan rasmi tersebut bermula April 2021 yang lepas.

Menurut Zafrul, kos sewaan termasuk bayaran penyelenggaraan Vellfire jauh lebih menjimatkan berbanding Proton Perdana.

Sebelum ini, cadangan menukar kenderaan rasmi menteri kabinet oleh kerajaan PH pimpinan Tun M mendapat tentangan meskipun alasan yang diberikan tidak berbeza dengan alasan yang dibebtang kabinet Perikatan Nasional.

Malah antara yang begitu hebat menganjing keputusan PH ketika itu ialah Najib Razak dan bekas ketua pemuda Pas, Khairil Nizam.

Jawapan Zafrul dalam isu ini sekaligus memadamkan fitnah yang pernah dilemparkan terhadap kerajaan PH sebelum ini. Sebelum ini, Zafrul juga pernah menggemparkan negara selepas kenyataannya menjawab celahan MP Tanjung Karang di parlimen bertanyakan kemana perginya sumbangan kutipan Tabung Harapan oleh kerajaan PH.

Selain Zafrul, Khairy Jamaluddin juga antara menteri yang pernah memberikan penghargaan terhadap keputuaan yang dibuat kabinet Tun M apabila memuji secara terbuka tindakan mantan menteri kesihatan PH ketika itu, Dr. Dzulkifli Ahmad di atas kejayaan melaksanakan progam PEKA B40 dan kesalahan merokok di dalam restoran.