Keputusan pelik oleh Mufti WP beri tauliah mengajar ustaz yang aktif berpolitik semai kebencian kaum jadi perbincangan hangat di kalangan netizen

Keputusan pelik oleh Mufti WP beri tauliah mengajar ustaz yang aktif berpolitik semai kebencian kaum jadi perbincangan hangat di kalangan netizen

Satu perkongsian yang dibuat seorang intelektual muda di media sosial mengenai keputusan pelik pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam meluluskan tauliah mengajar agama mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet hari ini.

Ini selepas pemuda yang menggunakan nama akaun Abu Hafiz Salleh Hudin itu mempertikaikan kenapa permohonannya mendapatkan tauliah tersebut ditolakntanpa alasan sedangkan 2 ustaz yang kerap berkempen politik kebencian kaum dari parti pembangkang pula diluluskan.

Tulisnya…

Antara perkara yang saya yakin perlu turut sama diperbaiki adalah ‘kuasa mutlak’ pemberian Tauliah Mengajar Agama di Wilayah Persekutuan dalam pentadbiran Madani Kerajaan Perpaduan.

Wilayah Persekutuan adalah wilayah pusat semua rakyat Malaysia. Ia sepatutnya berbeza dan lebih terbuka dari negeri-negeri. Namun, peraturan tetap peraturan. Bagi mana-mana penceramah, hendaklah ada Tauliah Mengajar.

Saya mengisi borang online untuk memohon semenjak 18 Ogos 2022. Tiada berita. Saya pohon secara manual pada hujung Februari 2023.

Alhamdulillah, saya dipanggil temuduga pada 16 Mei 2023. Temuduga berjalan baik. Saya tunjukkan keahlian akademik yang direzekikan Allah SWT pada saya: Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Quran & Sunnah, UIAM; Sarjana Pengajian Islam, SOAS, Uni. of London & Doktor Falsafah Pemikiran Politik Islam, USM. Soal jawab berjalan baik juga.

Pada 13 Julai 2023, saya terima surat dibawah, bertarikh 15 Jun 2023 menyatakan permohonan Tauliah Mengajar Wilayah Persekutuan saya ditolak tanpa alasan.

Namun, saya dimaklumkan pula, seorang ustaz dari pantai timur yang aktif dipentas politik juga dan selalu meratib perkataan bodoh dalam ceramahnya, ada Tauliah Mengajar di Wilayah Persekutuan.

Saya juga ingin bertanya, adakah Ustaz dari Penang, yang juga berceramah aktif di pentas politik PRN lalu, yang selalu jerit dan jerkah orang, baru sahaja diluluskan Tauliah Mengajar Wilayah Persekutuan?!

Maka, persoalan dari saya muncul:

1. Kenapa tiada sebab penolakan pada permohonan saya? Boleh saja ditolak, tapi berlaku adillah dengan alasan. Kerana kalian minta supaya memohon tapi bila dipohon ditolak tanpa alasan.

2. Adakah perlu aktif di pentas politik tertentu dan mengkritik terbuka, hina PM ke-10 akan mampu memudahkan kelulusan Tauliah Mengajar di Wilayah?

3. Adakah ada syarat-syarat tidak tertulis untuk mendapat kelulusan Tauliah Mengajar Wilayah Persekutuan?

Adalah amat molek sekiranya Mufti Wilayah Persekutuan dan pejabatnya boleh mencerahkan persoalan diatas. Saya berdoa agar SS Mufti Wilayah Persekutuan diberikan kesihatan dan taufiq dari Allah SWT jua.

Maaf kerana terpaksa bertanya terbuka kerana tiada alasan diterima dalam surat rasmi.

Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin
Kuala Lumpur