Kerajaan bakal umum bantuan baru, tak perlu pengeluaran KWSP 2.0 bersasar

Kerajaan bakal umum bantuan baru, tak perlu pengeluaran KWSP 2.0 bersasar

 

Kerajaan umum bantuan baru khususnya untuk golongan B40 tanpa perlu pengeluaran KWSP, bantuan khas akan diumumkan pada sidang Belanjawan nanti. Untuk makluman, akan ada inisiatif berbentuk bantuan yang akan diumumkan pada bulan ini.

ALTERNATIF LAIN MENGGANTIKAN PENGELUARAN KWSP

Pihak kerajaan akan mengumumkan beberapa alternatif untuk membantu rakyat bagi mengurangkan beban sara hidup tanpa perlu mengeluarkan wang KWSP. Beberapa perkara bakal akan diberitahu pada sidang Belanjawan 2023 bagi membantu golongan B40 terutama untuk menjana pendapatan tambahan.

Selaku Menteri ekonomi iaitu Rafizi Ramli telah berkata bahawa rakyat perlu berhati-hati dalam menginginkan pengeluaran khas KWSP. Hal ini kerana kos yang perlu dibayar kemudian hari adalah tinggi, walaupun dengan pengeluaran KWSP ini dapat membantu untuk mereka yang memerlukan.

Tambahan menurut beliau, pihak kerajaan tidak boleh ambil jalan mudah bagi membenarkan pengeluaran sekali lagi. Hal ini kerana keadaan masyarakat makin menua dan kos untuk melalui hari-hari akan datang bertambah tinggi. Perkara ini menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan rakyat mempunyai wang simpanan walaupun sedikit untuk masa hadapan mereka.

GANTI DARI SEGI PERLAKSANAAN BANTUAN

Adalah lebih baik kerajaan menyediakan bantuan-bantuan yang dapat menampung dan mengurangkan beban rakyat yang memerlukan. Jika pengeluaran KWSP dibenarkan sekali lagi, pencarum akan kehilangan simpanan hari tua nanti.

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah berkata bahawa kerajaan sedang mengkaji alternatif bagi membantu rakyat terutama yang sedang menghadapi masalah kewangan. Dengan adanya alternatif ini, rakyat tidak perlu mengeluarkan wang simpanan mereka.

Segala maklumat akan terjawab pada sidang Belanjawan 2023 pada bulan ini. Pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa berkenaan senarai bantuan yang akan diumumkan nanti.

BANTUAN YANG TELAH DILAKSANAKAN PADA SUKU PERTAMA

Untuk sedia maklum, kerajaan telah melaksanakan bantuan Sumbangan tunai rahmah (STR). Pemberian bantuan ini diberikan secara berperingkat (fasa), bayaran fasa 1 telah selesai diberikan pada 17 Januari 2023.

Berkemungkinan tarikh bayaran fasa 2 akan diberitahu pada sidang Belanjawan 2023 nanti. Untuk semak status kelayakan bantuan STR anda, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI