Kerajaan benarkan penggunaan nama ‘Timah’ pada arak, rakyat desak Menteri Agama letak jawatan

Kerajaan benarkan penggunaan nama ‘Timah’ pada arak, rakyat desak Menteri Agama letak jawatan

Polemik penggunaan nama ‘Timah’ sebagai jenama minuman keras telah berakhir. Kabinet didokong majoriti parti Melayu Islam membuat keputusan mengekalkan kebenaran penggunaan nama tersebut.

Bagi meredakan kemarahan rakyat, syarikat Winepak Corporation Sdn Bhd sekadar dikehendaki menyertakan label tambahan pada botolnya bertujuan menjelaskan nama Timah merujuk kepada bijih timah.

Akhir bulan lalu, Winepak bersetuju mempertimbangkan untuk menukar imej pada botol yang didakwa pengkritik sebagai menghina Islam atau mengelirukan umat Islam.

Alexander kemudian berkata, persetujuan itu dicapai semasa mesyuarat antara kementerian dengan wakil Winepak serta pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

“Melalui perbincangan itu, Winepak telah meminta selama seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarahnya untuk menukar nama dan imej jenama pada label wiski.

“Perkara itu antara persetujuan yang dicapai semasa mesyuarat semalam antara wakil syarikat dan kerajaan,” kata Alexander dalam kenyataan baru-baru ini swperti dilaporkan portal akhbar FMT.

Antara yang hadir termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique.

Keputusan ini sekaligus dianggap sebagai satu kegagalan terhadap barisan kabinet yang rata-rata dianggotai Melayu Islam dalam mempertahankan hak umat Islam di negara ini.

Malah ada yang berani mendesak agar Menteri Agama, Idris Ahmad meletakkan jawatan dan bertanggungjawab terhadap kegagalan yang sangat memalukan umat Islam ini.