Kerajaan digesa dedah dalang kartel daging

Kerajaan digesa dedah dalang kartel daging

1. Tular di media berhubung wujudnya kartel yang dilindungi pihak tertentu menjalankan aktiviti menyeludup daging haram selama lebih 40 tahun. Daging yang diragui status halalnya itu diimport daripada negara-negara yang tidak mencapai standard yang ditetapkan pihak JAKIM.

2. Umat Islam di Malaysia berasa gusar dan hairan bagaimana kartel ini boleh dibiarkan beroperasi sejak sekian lama. Kegusaran ini mesti ditangani oleh pihak kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

3. Namun malangnya, sehingga hari ini kerajaan gagal mendedahkan kartel yang terlibat dan lambat bertindak untuk menghalang syarikat ini daripada terus memasarkan daging yang diragui status halalnya.

4. Sehubungan itu, Pemuda AMANAH menggesa kerajaan mendedahkan syarikat yang terlibat dan serta merta menghentikan operasi syarikat berkenaan. Muhyiddin tidak wajar mengambil sikap sambil lewa terhadap kepentingan masyarakat Islam di Malaysia.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional