Kerajaan digesa segerakan bantuan kemudahan pendidikan, kata Hasan

Kerajaan digesa segerakan bantuan kemudahan pendidikan, kata Hasan

SEGERAKAN BANTUAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN.

1. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah(PdPR) sudahpun menjengah minggu kedua pelbagai masalah timbul samada pihak sekolah iaitu guru dan para ibu bapa. Kita dapat menyaksikan pelbagai keluhan, kritikan dan persoalan yang telah dibangkitkan oleh mereka dan pemimpin masyarakat.

2. Biro Pendidikan AMANAH Nasional ingin merakamkan tahniah kepada Ketua Pengarah Pendidikan, Puan Habibah Abdul Rahim telah menjelaskan pada 22 januari 2021 dimana tindakan yang perlu dilakukan oleh KPM jika terdapat calon-calon peperiksaan awam yang terpaksa dikuarantin.

3. Namun, kementerian belum dapat merungkai persoalan yang berbangkit dimana kesukaran murid golongan B40 dan M40 untuk menyertai PdPR.

4. Kesukaran mereka tidak mempunyai kemudahan peranti yang lengkap, jalur lebar yang terbatas, bagi setiap murid.

5. Dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang YB Senator Menteri Kewangan 6 November lalu, ada menyatakan sejumlah peruntukan untuk murid B40 berbentuk komputer riba dengan jumlah bernilai RM150 juta.

6. Biro Pendidikan AMANAH Nasional ingin bertanya apakah peruntukan itu telah disalurkan kepada mereka yang layak?kalau belum bila ia akan dilakukan, justeru kami menyeru pihak Kementerian Kewangan dan KPM menyegerakan bantuan ini disampaikan kepada semua yang selayaknya.

7. Bantuan ini wajar disegerakan memandangkan proses PdPR telah pun bermula. Biro Pendidikan menegaskan lebih lambat bantuan ini diturunkan, lebih ramai murid kita yang akan keciciran dalam pelajaran.

8. Biro Pendidikan AMANAH Nasional menyeru agar YB Menteri Kanan Pendidikan melihat perkara ini lebih tuntas, dan meminta YB Menteri Kewangan menyegerakan peruntukan ini diturunkan.

YB Datuk Dr. Hasan Bahrom
Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah
AMANAH Nasional