Kerajaan kaji tambah bantuan BKM Fasa 3 & 4 jika harga barang terus meningkat

Kerajaan kaji tambah bantuan BKM Fasa 3 & 4 jika harga barang terus meningkat

Sejak kebelakangan ini ramai mengeluh bahawa kos sara hidup telah meningkat kerana barang asas seperti ayam, minyak masak dan telur menjadi mahal.

Melalui media sosial ramai yang berkongsi barangan seperti ini meningkat naik dikawasan berdekatan mereka . Bayaran Fasa 2 BKM telah dikreditkan namun seakan akan tidak membantu rakyat ketika ini.

Berdasarkan sebuah laporan akhbar tempatan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa pengurangan subsidi harga ayam yang dibuat ialah bertujuan supaya bantuan dapat disalurkan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

“Ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat. Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk penambahan RM100 baru-baru ini). Dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000.

“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya ketika berucap pada program Kenduri Rakyat pada Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor semalam.

Kerajaan pernah menghebahkan bahawa pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada B40 yang mengalami kesan buruk akibat kos sara hidup yang tinggi dapat memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 pada tahun ini.

Selepas itu, kerajaan memutuskan agar pihak kerajaan dapat menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

Pemohon rayuan BKM juga akan menerima keputusan rayuan dan bayaran bagi yang diluluskan akan diputuskan pada BKM Fasa 3 dan 4.

Sumber: Utusan Malaysia , LHDNM

Sumber : portalinfo.my