Kerajaan Madani buat hal lagi, kali ini pemberian e-tunai RM100 untuk lebih 10 juta rakyat B40 dan M40
Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah, menurut Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat.
“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.
Laporan lanjut menyusul.