Kerajaan Pas Kedah bakal tumbang gara-gara bantuan kepada pesawah miskin oleh Syed Mokhtar punca Sanusi kecut perut

Kerajaan Pas Kedah bakal tumbang gara-gara bantuan kepada pesawah miskin oleh Syed Mokhtar punca Sanusi kecut perut

Kerajaan Pas Kedah dijangka tewas dalam Pilihanraya Negeri Kedah sekiranya tawaran yang diusahakan kerajaan perpaduan memberikan bantuan sebanyak RM10 juta tahun ini melalui pemilik Bernas, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari menjadi kenyataan.

Kebimbangan tersebut disuarakan MB Kedah baru-baru ini yang menganggap usaha dilakukan Anwar hanyalah bersifat kosmetik dan tidak akan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan para pesawah tersebut.

Memetik Sinar, Sanusi turut menyifatkan sekiranya terdapat 10 individu seperti Syed Mokhtar sekalipun, tidak akan berupaya mengeluarkan petani daripada kemiskinan sekiranya kartel padi tidak ditangani.

“Berapa lamakah seorang Syed Mokhtar sanggup berikan RM50 juta setahun untuk selesaikan kemiskinan pesawah?,” soalnya.

Beliau turut menggambarkan kemiskinan petani sudah berlarutan lama malah sebelum wujudnya Bernas dan Lembaga Padi Negara (LPN).

“Sejak sistem padi kunca mula dikenalkan oleh pemborong dan pengilang padi, kemiskinan pesawah telah direncana supaya tidak akan berakhir.

“Sebelum wujudnya Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada 1973, pesawah padi telahpun miskin. Jeha dan Lahuma adalah watak sebenar keluarga petani Melayu miskin dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, kemiskinan mereka yang mendorong ditubuhkan MADA,” ujarnya.

Pada Isnin, Anwar memaklumkan Syed Mokhtar bersetuju memperuntukkan RM10 juta untuk tahun ini dan RM50 juta pada tahun hadapan kepada golongan pesawah miskin.

Persetujuan itu dicapai susulan teguran Anwar berhubung permasalahan monopoli import beras di negara ini.

Sebelum ini, pada Mei, Muhammad Sanusi pernah membangkitkan isu kartel padi yang didakwa wujud dalam industri padi sejak sekian lama sehingga menyebabkan penghasilan padi tidak mencapai tahap optimum.

Katanya, kartel padi mesti dihapuskan untuk mengubah nasib petani sekali gus dapat meningkatkan pengeluaran hasil.