Kerajaan setuju beri 1 hari kelepasan AM tambahan Aidilfitri, tol RAHMAH percuma 4 hari

Kerajaan setuju beri 1 hari kelepasan AM tambahan Aidilfitri, tol RAHMAH percuma 4 hari

Kerajaan bersetuju memberikan sehari cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.

Katanya, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

Namun, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.