Kerajaan Taliban cipta kejutan dahului Malaysia hasilkan ‘supercar’ pertama

Kerajaan Taliban cipta kejutan dahului Malaysia hasilkan ‘supercar’ pertama

Pemerintah Taliban melancarkan ‘supercar’ pertama hasil rekaan dan buatan Afghanistan.

Prototaip kereta sport, Mada 9 itu adalah projek yang dijalankan selama lima tahun oleh 30 jurutera di pengeluar ENTOP dan Institut Vokasional Teknikal Afghanistan (ATVI).

Keupayaannya untuk beraksi di jalan raya masih tidak dapat dipastikan berikutan ENTOP tidak mengeluarkan sebarang data tentang prestasinya.

Ia berkemungkinan belum mampu bersaing dengan Bugatti dan McLaren memandangkan enjin yang digunakan pada Mada 9 sama seperti Toyota Corolla, namun ia telah diubah suai bagi meningkatkan kelajuannya.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid turut berkongsi imej supercar itu di media sosial dan menyifatkan rekaannya sebagai satu kebanggaan kepada seluruh negara.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Vokasional atas pencapaian berharga mereka,” ujarnya, memetik lapiran Sinar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ENTOP, Mohammad Riza Ahmadi berkata, beliau berharap supecar itu dapat menyampaikan ilmu kepada orang ramai dan dapat membantu melonjakkan imej Afghanistan ke persada antarabangsa.

“Ia akan memulakan perjalanan di Kabul dan mungkin ke peringkat dunia satu hari nanti,” katanya