Kerajaan tawar bantuan RM20,000 bina rumah atas tanah sendiri

Kerajaan tawar bantuan RM20,000 bina rumah atas tanah sendiri

 

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah sebuah syarikat pembangunan perumahan negara yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia sejak 1997. Kini, bidang kuasa SPNB di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT (RMM)

Bantuan RM 20,000 untuk bina rumah atas tanah sendiri adalah melalui program Rumah Mesra Rakyat (RMM).

Program ini diwujudkan atas usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendatapan rendah serta tidak memiliki rumah persendirian atau menetap di rumah yang usang tetapi mempunyai tanah kosong persendirian yang boleh dibina sebuah rumah disitu.

Melalui RMM, kerajaan mampu menyediakan rumah uang berkualiti tinggi dan mampu milik untuk rakyat Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN

Ini adalah syarat kelayakan yang dikehendaki sekiranya berminat untuk permohonan RMM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah sendiri atau sedang tinggal di rumah yang usang
  5. Tapak tanah kosong adalah sesuai dan bebas hutang dan gadain ke atasnya
  6. Mesti mendapakan kelulusan daripada pemilik tanah sekiranya pemohon bukan pemilik tanah berkenaan
  7. Keluasan tanah adalah tidak kurang 3,600 kps

HARGA DAN BANTUAN BINA RUMAH RM 20,000

1. Semenanjung – Keluasan Rumah 1,000 kps

  • Harga : RM 75,000
  • Subsidi / Bantuan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 55,000
  • Bayaran Bulanan : RM 300
  • Anggaran Bayaran Bulanan Selama 16 Tahun

2. Pulau Di Semenanjung – Keluasan Rumah 850 kps

  • Harga : RM 85,000
  • Subsidi / Bantuan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 65,000
  • Bayaran Bulanan : RM 350
  • Anggaran Bayaran Bulanan Selama 16 Tahun

3. Sabah Sarawak Labuan – Keluasan Rumah 750 kps

  • Harga : RM 75,000 – RM 106,000
  • Subsidi / Bantuan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 55,000 – RM 86,500
  • Bayaran Bulanan : RM 300 – RM 470
  • Anggaran Bayaran Bulanan Selama 16 Tahun

PERMOHONAN BANTUAN

Permohonan bantuan rumah RM 20,000 untuk bina rumah atas tanah sendiri adalah dengan 2 cara iaitu online dan walk in.

1. Permohonan Online

  • Semak laman web https://rmr.spnbonline.com.my/
  • Tekan Pendaftara Baru dan isi borang dengan lengkap
  • Log Masuk ke SPNB menggunakan ID dan Kata Laluan yang dihantar melalui e-mel
  • Lengkapkan borang yang diperlukan
  • Seterusnya, cetak borang berkenaan
  • Hantar borang berserta dokumen lengkap ke pejabat SPNB berdekatan anda

2. Permohonan Walk In

  • Hadir ke mana-mana cawangan SPNB berdekatan anda dan dapatkan borang permohonan
  • Isi dan hantar kembali ke pejabat berkenaan bersama dokumen yang dikehendaki

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan IC pemohon dan pasangan
  2. Salinan IC tuan tanah (sekiranya pemohon bukan pemilik tanah)
  3. Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi daripada pejabat tanah yang baru
  4. Slip gaji terkini selama 3 bulan / surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan
  5. Surat akaun kebenaran pelepasan tuan tanah
  6. Salinan sijil nikah
  7. Borang laporan tapak bergambar

SEMAKAN PERMOHONAN

Maklum balas permohonan adalah dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan dan kelulusan bakal dibuat berdasarkan peruntukan kewangan tahunan.

Jangka masa pembinaan rumah adalah selama 18 bulan sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian rasmi ibu pejabat SPNB

  1. 03-2618 5555
  2. 03-2618 5556