Kerajaan umum Bantuan Fasa Kedua sebanyak RM300 dibayar Februari ini

Kerajaan umum Bantuan Fasa Kedua sebanyak RM300 dibayar Februari ini

Tahukah anda selain pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah diberikan Januari lalu, kerajaan juga telah mengumumkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) juga akan dilaksanakan pada bulan Februari.

Setiap kelayakan, individu tersebut akan menerima bayaran RM300 pada bulan ini. Untuk makluman, pembayaran BMT ini akan melalui 3 fasa pembayaran.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) membabitkan peruntukan RM9.7 juta untuk manfaat seramai 12,138 peneroka ladang getah di seluruh negara, yang akan dibayar dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Mac depan..

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bayaran RM800 akan dibuat terus ke dalam akaun bank peneroka membabitkan RM300 setiap satu pada Fasa 1 (Januari) dan Fasa 2 (Februari) dan baki RM200 dalam Fasa 3 (Mac).

JUMLAH PEMBAYARAN BMT FASA 2

Terdahulu, bayaran untuk Bantuan Musim Tengkujuh hanya RM600. Bagaimanapun, berdasarkan kebimbangan kerajaan, bantuan ini telah dinaik taraf dan individu yang layak akan menerima RM800.

Bulan ini, bayaran untuk fasa kedua akan dikreditkan ke akaun penerima yang layak dalam jumlah:

RM300
TARIKH PEMBAYARAN

Mengenai tarikh pembayaran, pembayaran BMT fasa 2 akan dilaksanakan:

  • Fasa 2 : RM300 (Februari)
SENARAI PENERIMA BANTUAN

Berikut adalah senarai penerima bantuan RM800 BMT ini:

  • Peneroka ladang getah yang menghantar hasil ke pusat pengumpulan getah FELDA
  • Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah
  • Mereka yang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.
SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara untuk menyemak

Melalui laman web rasmi BMT RISDA iaitu https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus

Atau hubungi Pejabat RISDA tempat permohonan dibuat.

BAGAIMANA MEMOHON BANTUAN

Untuk sedia maklum, permohonan BMT telah dibuka bermula pada 5 Mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022.

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau tidak berada di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut:

2) Pemohon menoreh bukan pemilik mesti menyertakan dokumen sokongan berikut:

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil sejahtera iaitu:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Talian BMT 2022 di talian 03-4256 4022.