Kerajaan umum tangguh kebenaran tunai ibadah umrah

Kerajaan umum tangguh kebenaran tunai ibadah umrah

Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, tempahan tiket perjalanan umrah yang baharu ditangguhkan berkuat kuasa 1 Januari.

Katanya, ia susulan sebanyak 1,306 daripada 11,108 jemaah yang pulang menunaikan umrah dikesan positif COVID-19, setakat 30 Disember lalu.

“Daripada jumlah tersebut, 592 dikesan positif hasil ujian pertama pada hari ketibaan di Malaysia.

“Tetapi, paling membimbangkan adalah, 714 kes dikesan positif hasil ujian kedua yang dijalankan pada hari kelima kuarantin,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.