Kerana mulut badan binasa, tular gambar Opai terlantar di katil hospital gara-gara dipukul geng Honda

Kerana mulut badan binasa, tular gambar Opai terlantar di katil hospital gara-gara dipukul geng Honda

Nama Opai, yang tidak pernah dikenali pun di kalangan warganet sebelum ini mulai mencanak naik gara-gara kontroversi demi kontroversi menerusi konten sosial media yang dihasilkannya.

Suami kepada pelakon cantik, Fatin Afeefa ini pernah mencetuskan kemarahan pemilik beberapa model kereta yang dianggapnya najis dan tidak layak diberi pengiktirafan sebagai kereta supercar meskipun bernilai tinggi baru-baru ini.

Opai atau nama sebenarnya, Aliff Awang, menerusi konten Tik Tok miliknya secara terbuka telah menghina pemilik kenderaan jenis Honda Pekak, Mustang dan Mercedes Benz yang dikatakan bukan kategori supercar.

Tindakannya menganggap tiga jenis kenderaan itu sebagai najis, mencetuskan kemarahan golongan pemilik kenderaan tersebut.

Terkini, pengguna media sosial negara dikejutkan dengan satu tangkap layar yang diambil daripada instatory Fatin malam semalam, apabila 12 jam memaklumkan suaminya dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan akibat dipikul, didakwanya dilakukan oleh geng Honda.

Bagaimanapun, tiada sebarang butiran lanjut mengenai kejadian, mahupun perkongsian gambar atau video kecederaan, termasuk salinan laporan polis yang dikongsikan kepada umum.

Malah, warganet menganggap ianya merupakan satu lagi taktik marketing Opai menaikkan ratingnya di dalam dunia media sosial.

Semalam, pengendali laman Facebook Scrut pula mendedahkan gambar Opai dan isterinya bergambar dengan sebuah supercar berwarna hijau sebelum ini juga bukan milik lelaki itu. [link]

Sebaliknya, kereta mewah Mclaren itu milik individu lain yang didaftarkan di atas nama sebuah syarikat persendirian. Nombor pendaftaran QPA1 yang dipamerkan pada depan kenderaan itu juga adalah palsu.

Scrut tidak menolak kemungkinan Opai berbuat demikian untuk menunjukkan dirinya kaya sahaja.