“Kerana terlampau tegas, tak banyak lelaki suka tetapi..” – Didakwa di mahkamah, Inspektor Sheila mengaku dirinya belum berpunya

“Kerana terlampau tegas, tak banyak lelaki suka tetapi..” – Didakwa di mahkamah, Inspektor Sheila mengaku dirinya belum berpunya

Inspektor Sheila mengakui dirinya masih bujang dan tidak menolak kemungkinan perkara itu terjadi disebabkan perwatakannya yang tegas membuatkan lelaki takut untuk mendekatinya.

“Saya masih bujang kerana terlampau tegas. Tidak banyak lelaki sukakannya,” katanya berseloroh semasa menjawab pertanyaan media di Mahkamah Selayang, hari ini.

Menurut Sheila Sharon Steven Kumar, 35, nada percakapannya memang tegas dan itu adalah perkara biasa bagi penduduk di Petaling Jaya yang mengenali dirinya.

“Suara saya memang begini. Cuba tanya penduduk di Petaling Jaya, Inspektor Sheila ini memang tegas orangnya. Suka ikut prosedur.

“Ketua saya selalu menghantar saya untuk memberikan ceramah. Saya sudah berkhidmat dari 2017 hingga tahun 2022. Berapa banyak ceramah dalam bahasa Inggeris, berapa banyak dalam bahas Melayu yang saya berikan.

“Saya bukan seorang yang suka cakap mengarut. Saya tidak ambil rasuah, tidak akan berkompromi untuk mengurangkan seksyen dalam tuduhan tetapi banyak orang cuba merasuah saya,” katanya.

Pagi tadi, Sheila juga menafikan dia digantung daripada tugas dan tidak menerima sebarang dokumen mengenai penggantungan tugas.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya sudah mengenakan perintah tahan kerja terhadap Sheila mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967.

Sehubungan itu, semua kuasa, hak dan keistimewaan Sheila telah digantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT).