Kerap ajak isteri bertudung labuh buat maksiat, pendakwah bebas popular dikecam
Sebelum ini terdapat seorang pendakwah bebas kerap dikecam netizen kerana selalu berkongsi video menari bersama isterinya di media sosial.
Walaupun selalu dikecam, dia mengendahkan kecaman itu dan tetap juga buat benda yang sama.
Jadi netizen pun dah mula rasa meluat melihat pasangan tersebut. Bukan tu jer, seorang pengguna TikTok juga tampil membuat satu video mengatakan perkara sama mengenai tindakan pendakwah bebas itu memaparkan hal tidak sepatutnya kepada umum biarpun mereka pasangan suami isteri.
@hanahumayra00
Menurutnya, memaparkan video romantis di media sosial bukanlah budaya Islam, apatah lagi ia juga merosakkan imejnya sebagai pendakwah dan watak Islamik.
Bahkan, individu itu berkata dayus seorang suami kerana dengan rela membiarkan isteri melakukan maksiat dan tidak menegur tindakan tersebut.
Walaupun tidak menyebut nama pasangan tersebut, netizen seakan dapat ‘menangkap’ siapakah individu yang sedang diperli oleh pengguna TikTok itu.
Bukan itu saja, dalam hantaran lain, individu itu menegaskan bahawa bezanya seorang lelaki yang memelajari agama Islam dan faham mengenai agama.