Kerap ditohmah anak berpakaian seksi, ayah kata bersyukur

Kerap ditohmah anak berpakaian seksi, ayah kata bersyukur

Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak seksi sehingga mengundang rasa kurang senang netizen.

Bagaimanapun, Azhar Sulaiman meluahkan rasa syukur dikurniakan anak gadis seperti Kasih Iris Leona meskipun dia suka berpakaian seksi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Azhar berkata dia sudah menegur anaknya supaya tidak berpakaian seksi namun tidak diendahkan.

Kata Azhar lagi, setiap ibu bapa pasti akan berdepan dengan pelbagai jenis masalah dengan anak-anak mereka. Namun Azhar berkata anaknya hanya seksi sahaja serta tidak melakukan perkara lain yang memeningkannya.

“Pada saya biarlah begini dari begitu. Kalau renung kembali zaman muda saya, mungkin lagi teruk,” katanya. Azhar berkata, anak anak kita adalah balasan kepada apa yang kita lakukan semasa bujang dulu. Saya reda dan saya harap saya boleh jaga keluarga saya dengan baik,” tulisnya.

Sebelum ini, perkongsian Leona sekali lagi menjadi bualan apabila memuat naik gambarnya dengan warna rambut barunya.

Menerusi foto itu, Leona dilihat memakai skirt berwarna hitam yang mendedahkan bahagian dadanya sedang duduk di atas lantai sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Sumber – RotiKaya