“Kerap jaga malam, sering menangis”… Naim Daniel kongsi perubahan sikap dialami Sissy Iman selepas kejadian diherdik Mas Idayu

“Kerap jaga malam, sering menangis”… Naim Daniel kongsi perubahan sikap dialami Sissy Iman selepas kejadian diherdik Mas Idayu

“Persembahan harus diteruskan,” demikian komen penyanyi Naim Daniel apabila mengulas persembahan menerusi program realiti, Famili Duo separuh akhir bertemakan Legenda/Idola, Ahad ini.

Kata Naim, dia dan sepupunya, Sissy Imann tetap akan tampil dengan persembahan biarpun apapun berlaku.

“Saya baru berbincang mengenai persembahan kerana ia tetap perlu diteruskan. Nak atau tak nak, kena teruskan.

“Lagipun, kami sudah pun merancang konsep minggu ini dengan lebih awal.

“Jadi, kami akan terus lakukan dengan apa yang dirancang. Semalam saya sudah bertemu Sissy, kali terakhir kami bertemu pada Ahad lalu.

“Habis persembahan, Sissy terus menangis dan saya katakan, dia boleh balik dan biarkan saya kendalikan semuanya,” katanya kepada BH Online.

“Saya percaya Sissy layak dan berhak merasakan semua itu.

Mengulas keadaan terkini Sissy, Naim mengakui, sepupunya itu masih bersedih dan mahu diberikan ruang.

“Saya percaya Sissy layak dan berhak merasakan semua itu.

“Sissy masih bersedih. Sejak beberapa hari lalu, saya ada menghubunginya. Dia beritahu tidak dapat menjawab panggilan, melainkan panggilan saya.

“Jadi, saya sudah dengar luahan hatinya. Dia juga mengatakan kerap bangun tidur dan menangis.

“Sissy betul-betul bersedih,” katanya

Naim percaya Sissy akan bangkit semula dan berharap persembahan akan berlangsung dengan baik, meskipun ditakdirkan tidak terpilih empat pasangan yang mara ke peringkat akhir.

Bagaimanapun, Naim percaya Sissy akan bangkit semula dan berharap persembahan akan berlangsung dengan baik, meskipun ditakdirkan tidak terpilih empat pasangan yang mara ke peringkat akhir.

“Saya sudah cakap pada Sissy, walau apa pun berlaku kita sudah cuba sebaik mungkin. Apa sahaja penerimaan juri, itu semua terserah selepas tiga minit persembahan.

“Dan saya percaya Sissy mampu bangkit dengan caranya sendiri. Saya juga harap semua peserta bukan hanya saya, pasukan produksi, juri dan semuanya dapat jayakan program ini dengan baik.

“Sekarang ini pun masing-masing sudah penat, lagi pula kita keluar duit dan sebagainya. Saya harap kami semua dapat kekalkan momentum untuk sampai ke pecutan akhir ini,” katanya.

Terdahulu, persembahan Naim dan Sissy menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini pada minggu keenam menerima kritikan pedas daripada juri tetap, Mas Idayu.

Dalam perkongsian di Instagram, Sissy juga meminta maaf kerana nyanyiannya pada konsert minggu keenam itu mengecewakan Naim dan banyak pihak.