Kereta Alphard kena tarik, wanita pesan gaji RM10K pun belum mampu nak bayar
Seorang Tiktokers baru-baru ini ada berkongsi mengenai kesilapannya dalam menguruskan kewangan apabila dia tersilap langkah dengan membeli kereta jenis Toyota Alphard dengan hanya gaji sekitar RM10,000.
Dalam hantaran video tersebut, wanita berkenaan berkata bahawa dia menyangka dengan gaji sebanyak itu sudah mampu membayar balik pinjaman bulanan kereta mewah tersebut yang bernilai sekitar RM3,000.
Itu la silap Ain. Ingatkan gaji 10K dah cukup nak pakai gajah (Alphard) ni. Rupanya sampai masa terbeban nak bayar 3K sebulan.
Tulisnya lagi, pada awalnya dia terasa mampu namun sampai masa wanita itu merasakan bahawa kenderaan mewah itu adalah sesuatu yang tidak perlu.
Dengan perkongsian tersebut, wanita itu berharap agar mereka di luar sana mengambil iktibar agar tidak sama sesekali terjerat dengan hutang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka memiliki kenderaan mewah yang selalunya menjadi bebanan jika terlibat dalam masalah seperti rosak dan perlu diservis misalnya.
Sekadar info, seseorang yang ingin membeli kereta perlulah mengambil kira komitmen lain yang perlu dibayar. Disarankan untuk tidak membayar lebih 15% daripada gaji diperoleh bagi komitmen bulanan bagi sesebuah kereta dan tempoh pinjaman terbaik adalah kurang daripada 5 tahun.
https://twitter.com/tiktokberguna/status/1686754529445048321?s=46&t=l4CilYGURuEnwAkwEi4Qjg
SUMBER : TikTok