“Kerja macam kau ni tiada masa depan,” – Gadis ini berkongsi pengalaman diherdik lelaki berumur gara-gara bekerja swasta

“Kerja macam kau ni tiada masa depan,” – Gadis ini berkongsi pengalaman diherdik lelaki berumur gara-gara bekerja swasta
“AWAK KERJA FARMASI MACAM NI TAKDE MASA DEPAN!”

Yaaaaa. Begitulah permulaan kata-kata seorang pakcik yang datang ke farmasi komuniti kepada ku.

Dimulakan dengan beliau masuk untuk membeli sekeping tablet loratadine (ubat selsema/resdung/gatal, berklasifikasi ‘poison C’, yang tidak memerlukan preskripsi doktor), kemudian beliau bertanya siapa pegawai farmasi.

Kebetulan aku di berada di kaunter pembayaran untuk ’stock check’. Perbualan bersambung.

Pakcik : Oh awak ke pegawai farmasi kat sini?

Pharmacist (Ph) : Iya saya. Ada apa-apa yang pakcik perlukan harini selain loratadine?

Pakcik : Awak kerja farmasi macam ni takde masa depan!

Ph : (mula memikirkan nasibku 😂)

Pakcik : Orang belajar sains tak kerja kerajaan memang takde masa depan. Hah awak ada degree ke kerja kat sini?

Ph : Rasa macam ada degree pakcik (sambil gelak sebab dah tahu bakal ‘burnnnnn’ lepasni)

Pakcik : Hahh degree grad mana je awak ni?

Ph : Saya grad macam orang lain jugak pakcik.

Pakcik : Grad mana??? (tak puas hati sebab aku tak jawab soalan dia direct)

Ph : Jauh sikit daripada malaysia ni pakcik.

Pakcik : Yelah grad mana???

Ph : Grad university dekat Australia pakcik.

Pakcik : Ooo grad Australia. Tapi kerja macam ni? Grad Australia tu scholarship MARA je ke? MARA pon kena bayar jugak, bukan full scholarship pon.

Ph : Tak pakcik, saya full scholarship JPA right after habis SPM. Federal punya scholarship pakcik (aku pon geli dengan ayat sendiri sebab aku sendiri paling tak suka nak ‘jual’ degree overseas & scholarship aku, tapi aku terpaksa uolss 🥺)

Pakcik : (muka dia macam tak puas hati sebab aku grad oversea, maybe dia rasa aku tak layak kott 🤣) Dah tu dapat scholarship JPA kenapa nak kerja macam ni je? Tengok orang yang kerja kerajaan, gaji besar, dapat pencen. Awak kerja macam ni takde masa depan! Cuba cakap starting gaji kerja macam ni berapa??

Ph : Oh saya dah pernah kerja kerajaan pakcik. Hospital dah, klinik pon dah. Gaji lebih kurang je pakcik kerajaan dengan swasta. Farmasi komuniti sekarang rate starting dalam RMXk pakcik.

Pakcik : Awak jangan tipu saya lah. Saya ni kerja dengan JPA dah berpuluh-puluh tahun. Saya tahu semua skim & gred gaji. Awak tak boleh tipu saya lah bab gaji ni. Saya pencen dengan JPA. Semua maklumat saya tahu dari zaman 80-an.

Ph : (otak aku dah cramp, tak tahu apa yang pakcik nak sebenarnya. So aku senyum jelah)

Pakcik : Semua yang belajar sains sekarang takde masa depan! Yang kerja kerajaan pon kontrak je. Kalau saya jadi cikgu, saya tak bagi murid murid saya amik degree sains ni. Sia-sia.

Ph : (hatiku agak remuk di situ) Habistu nanti siapa yang nak rawat pakcik bila sakit? Siapa yang nak bagi ubat yang betul kalau pakcik perlu? Kalau pakcik tak sakit, habistu orang lain yang sakit macam mana pakcik? (sambil senyum, aku risau pakcik ni naik darah sebab aku menjawab 🥹)

Pakcik : Yang tu orang pergi klinik @ hospital. Kalau kerja dekat farmasi macam ni memang takde masa depan. Pasal gaji tu pulak awak tak boleh tipu saya lah, saya dah lama duduk dalam kerajaan,

Ph : (mampu senyum pahit, sepahit rasa orang yang masih memandang rendah & sinis pada community pharmacist).

Pakcik : Dah lah, assalamualaikum.

Staf aku diam membisu. Lepas pakcik tu balik, diorang cakap kat aku, “melampau pakcik tu. Kalau puan level pharmacist pon macam tu sekali dia hina, kiteorang ni lagi lah.”

Terkesima jugak aku. Orang lain yang dihina, orang lain pulak yang sebenarnya lagi rasa terhina.

Moral of the story, I never care what people say or perceive about me being a pharmacist, cos I rather care about what I can contribute and serve our community. Gituuu uolss ✌️

p/s : otak aku still trauma sebenarnya dengan pakcik tu. Lagi pulak pakcik tu badan besar, suara kuat. Aku yang ketot ni terasa dipenyet-penyet seperti ayam serama penyet HAHAHAHA!

Sumber – Facebook