Kerja tak sampai 24 jam, pembantu rumah Sharifah Zarina larikan diri – “Nak transfer duit kat ejen pun tak sempat..”

Kerja tak sampai 24 jam, pembantu rumah Sharifah Zarina larikan diri – “Nak transfer duit kat ejen pun tak sempat..”

Penyanyi Sharifah Zarina mendedahkan pembantu rumahnya yang baru sahaja diambil tidak sampai sehari melarikan diri pada tengah malam Rabu.

Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 41, berkata dia menyedari pembantu rumahnya itu sudah menghilangkan diri sekitar pukul 5 pagi.

Tambah Zarina, dia enggan mengambil tindakan terhadap wanita yang dikenali sebagai Laila Arafa itu kerana tidak mengalami sebarang kerugian.

Pembantu rumah Sharifah Zarina larikan diri.

“Sebab sekejap sangat saya tak buat laporan polis, lagipun tak ada barang hilang. Semuanya terlalu sekejap sangat. Saya ambil dia pukul 10 dan 4 pagi dah hilang.

“Kalau ada hilang memang saya akan buat laporan polis tapi saya pun tak ada buat bayaran apa lagi. Saya tak rugi apa-apa,” katanya kepada mstar.

Kata Zarina, dia berpendapat pembantu wanita berkenaan enggan berkerja sebagai pembantu rumah membuatkan dia lari meninggalkan kediamannya.

Jelas Zarina, berdasarkan rakaman CCTV kejiranannya, wanita berkenaan hanya berjalan kaki seorang diri dan tiada siapa yang menunggunya.

“Saya sebenarnya rasa dia bukan tak nak kerja dengan saya tapi tak nak dikembalikan kepada agensi dia kerana saya ada cakap kalau tak serasi di rumah saya… nanti saya hantar semula ke agensi dia.

“Mungkin dia datang tak nak jadi pembantu rumah, nak kerja dekat tempat lain mungkin,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Zarina memberitahu dia tidak serik untuk mengambil pembantu rumah lagi malah berharap bertemu yang serasi kelak.

Saya nak pembantu rumah pun sebab tak nak rumah kosong sahaja bukan buat kerja sangat.

“Saya sebenarnya bukan perlu sangat, sebelum ini memang saya nak pembantu rumah. Jadi lepas ini kalau ada-ada, kalau tak ada tak apa.

“Saya nak pembantu rumah pun sebab tak nak rumah kosong sahaja bukan buat kerja sangat,” luahnya.

Sebelum ini, Zarina ada berkongsi di media sosial tentang pembantu rumahnya lari di Instagram pada Khamis.

Zarina kongsi agar jadi pengajaran semua.

Zarina menerusi perkongsian tersebut turut memuat naik video yang memaparkan wanita berkenaan memanjat pagar rumah untuk melarikan diri.

“Mau ke mana kamu? Udah ada yang nungguin (menunggu) ya? Tak apalah bukan rezeki saya. Harap-harap tak adalah apa-apa barang yang dicuri.

“Nasib baik. Kalau tak… memang naya dibuatnya. Saya upkan (kongsikan) ini untuk peringatan pada semua mana tahu kalau dia muncul untuk jadi pembantu rumah di rumah anda,” kongsinya.