Kes cerai Diana & Farid, Ahirine Ahirudin kecewa nama kena petik

Kes cerai Diana & Farid, Ahirine Ahirudin kecewa nama kena petik

Pelakon Ahirine Ahirudin meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah portal yang melaporkan mengenai namanya dipetik netizen sebagai punca pergolakan rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle.

Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, laporan tersebut secara tidak langsung menimbulkan fitnah dalam kalangan netizen apatah lagi membabitkan namanya.

“Sebagai seorang wartawan, saya sangat kecewa dengan paper (laporan) berkenaan yang menggunakan nama saya untuk menimbulkan fitnah.
“Takde belajar etika kewartawanan ke dulu?,” tulisnya menerusi satu hantaran di InstaStory.

 

Menerusi laporan portal itu, segelintir netizen menyalahkan Ahirine dengan mendakwa dia menjadi penyebab Diana memfailkan penceraian terhadap Farid pada awal bulan ini.

Sebelum ini, tular beberapa video di aplikasi TikTok memaparkan pelakon filem Remp-It 2 itu bersama Farid sehingga mencuri tumpuan ramai.

@ahirinee

@Farid Kamil #Rempit2

♬ original sound – Ahirinee – Ahirinee

@ahirinee

Susah senang @Farid Kamil #Rempit2

♬ original sound – Ahirinee – Ahirinee

 

@ahirinee

Dibalas kembali 😮‍💨 #muaythai #kickboxing

♬ original sound – Kili_Paul

Kelmarin, permohonan cerai pasangan selebriti itu telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam sehingga mengundang kejutan ramai kerana ia berlaku secara ‘tiba-tiba’.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai sekali gus kedua-dua pihak diperintahkan untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).