Kes Covid-19 di China melonjak tinggi, mayat terpaksa dibakar di jalan

Kes Covid-19 di China melonjak tinggi, mayat terpaksa dibakar di jalan

Baru-baru ini, tular video mengerikan di China yang menunjukkan beberapa keluarga bertindak membakar mayat ahli keluarga mereka di jalanan, lapor Mirror.

Hal berkenaan disebabkan peningkatan mendadak kes Covid di negara itu malah pihak hospital dan tempat pengebumian juga dikatakan tidak dapat menampung bilangan tersebut.

Peningkatan kes Covid di China tersebut sekali gus mencetuskan kebimbangan global apabila ia diramal akan mengalami sekitar sejuta kes sehari sekiranya varian terbaharu muncul.

Memetik Mirror, laporan itu diperoleh ekoran Beijing membatalkan dasar ‘sifar-Covid’ bulan lalu selepas mengekang ketat kawalan selama tiga tahun sebelum ini.

Penutupan secara ketat telah menjadi kebiasaaan sejak wabak itu melonjak naik dan pakar percaya bahawa sebahagiaannya disebabkan tahap imuniti rakyat yang rendah.

Tambahan pula, rakyat China dipercayai kurang diberi vaksin – seperti yang dilapor media.

Dalam pada itu, kerajaan China dilapor tidak lagi mengeluarkan data (kes jangkitan) walaupun terdapat banyak laporan mengenai lonjakan dan kematian.

Disebabkan itu, firma data kesihatan British Airfinity telah meletakkan anggaran bahawa ada 1 juta kes di China dengan kematian sekurang-kurangnya 5,000 sehari.

Mayat Dibakar Di Jalan

Melihat kepada rakaman video yang dikongsikan dalam media sosial, dapat dilihat mayat bertimbun di hospital dan bilik mayat dalam beberapa minggu lepas.

Lebih teruk lagi, pakar kesihatan antarabangsa meramalkan bahawa 2.1 juta kematian akibat Covid akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Hal ini sekali gus menyebabkan Jabatan Kesihatan UK mengumumkan sesiapa sahaja yang mempunyai urusan dan ingin pergi ke England akan dikehendaki menunjukkan ujian Covid (keputusan) negatif terlebih dahulu.

Kos perkhidmatan pembakaran serendah RM44,000 (68,000 yuan) untuk tempoh tiga hari

Susulan daripada peningkatan kes tersebut, bayaran di tempat pembakaran mayat juga dilaporkan telah meningkat disebabkan permintaan yang semakin banyak.

Disebabkan itu, ada segelintir keluarga yang tidak berkemampuan telah mengambil keputusan drastik dengan membakar sendiri mayat ahli keluarga mereka di tepi jalan.

Jelas, banyak rakaman yang tersiar dan dimuat naik ke media sosial yang menunjukkan mayat dibakar di atas cadar sebagai alas sebelum melukis garis kapur di sekeliling kayu api.

Situasi yang lain pula menunjukkan sebuah peti kayu di tepi jalan yang diletakkan di atas kayu api kecil. Mereka (golongan kematian ahli keluarga) akan berkabung kemudian menyalakan api pada dahan pokok.

Menurut satu lagi situasi di mana seorang penduduk memberitahu jirannya bahawa bapanya telah meninggal dunia dan dia tidak mampu untuk membayar perkhidmatan pembakaran mayat.

Kemudian dia memberitahu jirannya bahawa dia akan mencari ruang terbuka untuk membakar mayat bapanya. Hal ini kerana perkhidmatan pengebumian di Beijing memaklumkan bahawa kos pembakaran mayat biasanya menelan kos beberapa ribu ringgit.

Misalnya, jika perkhidmatan diselesaikan dalam tempoh tiga hari, ahli keluarga perlu bayar dengan kos RM44,000 (68,000 yuan) manakala perkhidmatan sehari berharga RM56,000 ribu (88,000 yuan).

Disebabkan itu, (lambakan) mayat dikatakan ‘melimpah’ di mana-mana.

Mayat Dibakar Di Jalan

Menurut Mirror, China melaporkan tahap imuniti virus yang rendah tidak akan menyebabkannya berkembang (merebak) sebaliknya risiko varian baharu yang muncul perlu dikurangkan.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Global Yale, Chen Xi mengatakan bahawa negara yang paling ramai penduduk di dunia akan mempunyai ‘perangkap imuniti’ yang besar.

Hal ini termasuk sejumlah besar populasi yang mempunyai tahap imunisasi yang rendah, seterusnya boleh menghasilkan variasi virus yang lebih membimbangkan.

“Ada kemungkinan yang menyebabkan virus itu tidak berkembang,” tambahnya.