Kes gaduh tarik-tarik rambut Fyna Jebat selesai, isteri pertama sudah tarik balik laporan

Kes gaduh tarik-tarik rambut Fyna Jebat selesai, isteri pertama sudah tarik balik laporan

 

Umum sedia maklum mengenai kemelut yang berlaku di antara adik kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat bersama dengan madunya, Datin Zalina Zaini akhirnya menjumpai jalan penyelesaian dimana mereka telah memilih untuk berdamai.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim memaklumkan isteri pertama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan telah menarik semula laporan yang dilakukannya pada dua minggu yang lalu.

“Mereka sudah tarik report (laporan). Wife (isteri) telah tarik report dua minggu lalu. Jadi kita telah rujuk kertas siasatan (kepada pihak pendakwaan).
“Kalau ikut tempoh hari, kita kena bagi bon tetapi mereka telah tarik report dan masing-masing selesai secara baik. Jadi, kes selesai dengan diklasifikasikan sebagai NFA,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Zalina Zaini didakwa  berang disindir oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen sehingga mencetuskan pergaduhan di antara mereka di sebuah restoran terletak di Shah Alam.

Bukan itu sahaja, isteri pertama turut memarahi madunya dan mendakwa wanita berkenaan telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.