Kes penyelewengan projek Program Jana Wibawa, polis umum penahanan timbalan pendaftar mahkamah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas timbalan pendaftar mahkamah dipercayai bersubahat meminta wang suapan berjumlah RM2 juta.
Difahamkan, suapan itu adalah bagi membantu menyelesaikan siasatan ke atas seorang ahli perniagaan yang dituduh berkaitan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dipercayai meminta suapan sebagai balasan antaranya untuk meminta SPRM menukar keterangan tertuduh kepada saksi selain menukar pertuduhan rasuah kepada pertuduhan alternatif.
“Suspek ditahan pada pukul 9.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
“Suspek pernah bertugas sebagai timbalan pendaftar mahkamah di Putrajaya sebelum bersara pada Disember 2021,” katanya, memetik Kosmo! Online.
Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 20 Mac ini dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab. Rahman mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 200