Kes wanita kena tikam dalam mall, rupanya bekas tunang tak puas hati enggan teruskan hubungan

Kes wanita kena tikam dalam mall, rupanya bekas tunang tak puas hati enggan teruskan hubungan

 

Berita tentang kematian seorang wanita yang ditikam berkali-kali oleh bekas tunangnya hingga meninggal dunia di Kota Kinabalu semalam telah menggemparkan rakyat Malaysia.

Terlentang dengan beberapa kesan tikaman

Menerusi laporan dari Berita Harian, mangsa yang berusia 22 tahun itu bekerja sebagai pembantu kedai telah ditemui terlentang di atas lantai dengan beberapa kesan tikaman pada badan.

Pihak polis juga telah menahan bekas tunang mangsa yang berusia 33 tahun apabila berjaya diberkas sewaktu masih di lokasi kejadian.

Ketika pihak polis sampai, mangsa masih bernyawa namun meninggal dunia memandangkan beberapa kesan tikaman dibadannya.

Ahli keluarga begitu sedih

Dalam pada itu, menerusi Facebook sepupu kepada mangsa dikenali sebagai Hadhinah Limon menyatakan yang ketika ini ahli keluarga berada dalam keadaan sangat sedih diatas kehilangan anak bongsu dalam keluarga.

Terkejut sangat! Mangsa orang baik

Menerusi  perkongsian di laman TikTok info_Sabah, beberapa pihak yang mengenali mangsa juga memaklumkan bahawa mangsa adalah insan yang baik dan terkejut dengan berita sedih ini.

Kejadian yang berlaku di tempat kerja mangsa di Jesselton Mall itu dipercayai bermotifkan dendam apabila bekas tunang tidak dapat menerima apabila mangsa bertindak memutuskan pertunangan mereka sejak tiga hari yang lalu atas masalah peribadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris juga memaklumkan yang, suspek turut ditahan dan  menemui sebilah pisau dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa.