Ketahui cara mohon bantuan E-Wallet Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sebanyak RM300 setiap bulan

Ketahui cara mohon bantuan E-Wallet  Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sebanyak RM300 setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Antara ialah melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Sejahtera (BINGKAS) seperti yang diluluskan kerajaan negeri Selangor dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini yang melibatkan pemberian e-Dompet sebanyak RM300 setiap bulan kepada isi rumah yang layak.

Apa itu BINGKAS ? 

Apa itu BINGKAS ? BINGKAS merupakan bantuan Bernilai RM300 dalam bentuk ewallet dimana setiap bulan ada dkreditlan kepada pengguna yang layak untuk membeli barang keperluan haria

“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari
Syarat Kelayakan Permohonan
  • Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pengundi berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga dengan tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • E-wallet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di
  • pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless).
  • Jumlah e-dompet ini akan ditambah secara automatik ke paras RM300 setiap bulan.
Cara Memohon

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BINGKAS boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS

  • Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:
    Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
    Salinan Gaji / Slip Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
    Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Masyarakat seperti Adun / Ketua / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / menganggur)
Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/