Ketahui satu-satunya filem yang menjalani pengambaran paling lama antara 66 filem dilakonkan P. Ramlee

DI mana kan ku cari ganti, serupa denganmu… Tak sanggup ku berpisah, dan berhati patah, hidup gelisah…
Itulah sebahagian daripada lirik lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti nukilan S. Sudarmaji nyanyian P. Ramlee yang benar-benar menyentuh hati dan perasaan.
Lagu daripada filem Ibu Mertuaku yang ditayangkan pada 1962 itu seolah-olah menceritakan mengenai P. Ramlee sendiri iaitu kehilangannya sehingga kini masih tiada pengganti.
Walaupun sudah 50 tahun Allahyarham pergi meninggalkan kita, bakat serta karyanya tidak pernah dilupakan oleh setiap generasi.
Sehingga hari ini hasil sentuhan magis menerusi 360 buah lagu dendangan dan ciptaannya masih segar dalam ingatan masyarakat termasuk 35 filem arahannya.
Namun, tahukah anda apakah filem P. Ramlee yang tercatat sebagai filem yang menjalani pengambaran paling lama?
Jawapannya berjaya ditemukan melalui satu perkongsian dibuat menerusi FB Family Artis-Artis Legenda.
FILEM ARAHAN P RAMLEE YANG PALING LAMA SHOOTING
Ibu Mertua Ku telah mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk menyiapkannya. Ini disebabkan P Ramlee inginkan ‘mood’ yang tepat dan sesuai kerana mahukan filem ini sebagai antara filem masterpiece beliau.
Memang benar pun, filem ini telah menobatkan P Ramlee sebagai THE MOST VERSATILE TALENT IN ASIA di Pesta Filem Asia yang telah diadakan di Tokyo. Anugerah ini tidak lagi dikeluarkan kerana masih belum ada sesiapa di Asia mahupun di dunia yang layak menerima nya.
Gambar di bawah menunjukkan Kassim Selamat dan Sabariah Mansor sedang turun dari beca di depan rumah Bang Ali.
Lokasi ini sepatutnya dilakukan di Penang tetapi oleh kerana kos produksi tidak mengizinkan, maka P Ramlee telah memilih sebuah sudut kampung di Singapura sebagai background kampung di Penang.
Sebuah beca dari Penang telah dibawa masuk ke Singapura khas untuk scene ini.
Fonzz Fauzee
Editor Gambar : GR