Ketahui sejarah Barbie serta kontroversinya

Ketahui sejarah Barbie serta kontroversinya

 

Sejak dilancarkan pada tahun 1959, patung yang dinamakan Barbie ini telah mendapat tempat di hati berjuta-juta orang di seluruh dunia. Malah menurut History, Barbie merupakan patung pertama dengan tubuh badan seperti orang dewasa yang dihasilkan secara besar-besaran.

Sepanjang kerjayanya selama lebih 60 tahun, Barbie telah menjalani pelbagai pengembaraan dan mengambil lebih dari 250 pekerjaan berlainan termasuk menjadi angkasawan, presiden Amerika Syarikat, doktor dan macam-macam lagi. Kerana popularitinya, Barbie juga turut tak terlepas dari kontroversi. Jom baca sejarah Barbie dan kontroversi yang dilaluinya.

Sejarah Barbie

Rev 1 Barbie Instavert High Res Jpeg.jpeg

Nama penuh Barbie adalah Barbara Millicent Roberts, namanya ini diinspirasikan dari nama anak penciptanya yang juga merupakan inspirasi disebalik patung ini.

Syarikat yang mencipta Barbie adalah Mattel, iaitu syarikat kepunyaan Ruth Handler dan suaminya Elliot. Syarikat ini telah ditubuhkan pada Januari 1945 dan bertanggungjawab mengeluarkan mainan-mainan popular seperti Hot Wheels, Fischer-Price, Monster High dan Polly Pocket.

Barbie telah diinspirasikan selepas Ruth melihat anak perempuannya bermain dengan patung kertas menyerupai wanita dewasa. Ketika itu, anak patung (baby doll) merupakan permainan yang popular dan tak banyak patung di pasaran yang membenarkan kanak-kanak untuk bermain olok-olok membayangkan masa depan mereka selain menjadi ibu.

Pada awalnya, idea Ruth untuk mengeluarkan Barbie tidak disokong oleh suaminya dan eksekutif lain dalam industri ini bimbang dengan idea patung dengan badan seperti orang dewasa.

Rekabentuk Barbie pula diinspirasikan dari patung Bild Lilli yang diciptakan dari karakter komik Jerman, Lilli pada awalnya dipasarkan kepada orang dewasa namun menjadi popular di kalangan kanak-kanak yang suka patung berpakaian. Mattel kemudiannya membeli hak cipta untuk Lilli dan membuat versi mereka sendiri: Barbie.

Barbie pertama diperkenalkan pada 9 Mac 1959 dan kini dianggap sebagai tarikh lahir rasminya. Ia pertama kali dilancarkan di Pesta Mainan Amerika di New City.

Barbie pertama dikeluarkan, biasanya dipanggil No.1 adalah refleksi kepada gaya pada zaman tersebut. Ia dikeluarkan dengan dua versi iaitu satu berambut perang dan satu lagi berambut hitam, memakai baju renang berbelang tanpa lengan beserta anting-anting bulat berwarna emas dan kasut tinggi hitam.

2006 Csk 05075 0003 000124442

Pada tahun pertama, sebanyak 300,000 Barbie telah terjual dan ia masih popular sehingga sekarang. Tahun 2021, sebanyak lebih 86 juta Barbie telah dijual, ia bersamaan dengan 164 Barbie terjual setiap minit. Banyak tu!

Kontroversi Barbie

Di tahun 1960-an, Barbie mula mendapat pelbagai kritikan termasuk dikatakan sebagai simbol seks. Untuk menutup mulut orang, Mattel telah memberikan Barbie seorang adik, Skipper dan seorang rakan baik, Midge.

273369A5 58Eb 4B43 9B5C 0F906E2A86F1 1.F1689F593F78Aae6Aa71268Cd72Fdcb0.Jpeg

Midge yang dicipta dengan rambut merah dan mempunyai jeragat kemudiannya hilang pada tahun 1967 dan kembali semula pada tahun 1980-an bersama suami dan anak-anak. Turut disertakan sekali Midge mengandung di mana perutnya itu boleh dibuka. Koleksi ‘Happy Family’ ini turut mengundang kontroversi kerana patung Midge ini dikatakan telah mengandung tanpa cincin perkahwinan.

Toymaker Mattel Features The Midge Barbie Doll Of The Happy News Photo 1689951368

Sembilan tahun selepas ciptaan Barbie, pada tahun 1968 Mattel telah memperkenalkan patung kulit hitam pertama, Christie yang merupakan rakan kepada Barbie. Ia dikeluarkan ketika Akta Hak Asasi 1968 yang memaktubkan bahawa diskriminasi kaum adalah salah di sisi undang-undang.

Namun hanya sehingga 1980 barulah Mattel memperkenal Barbie kulit hitam pertama. Ia direka oleh Kitty Black Perkins yang merupakan Ketua Pereka untuk Barbie pada ketika itu. Pada tahun 1979, dia telah diminta untuk mereka Barbie kulit hitam pertama dan ketika Barbie tersebut dikeluarkan, ia telah memakai jumpsuitdisko berwarna merah dengan tagline “She’s Black! She’s Beautiful! She’s Dynamite!”

First Black Barbie 1582748971

Barbie dan feminisme

Barbie dikatakan terlalu seksi dan ia telah mencetus kebimbangan di kalangan gerakan feminis yang mengatakan Barbie merupakan satu contoh anti feminis kerana ia dicipta untuk fantasi lelaki. Ketika protes wanita di New York pada tahun 1970, mereka telah melaungkan nyanyian “I am not a Barbie doll”.

Namun begitu, Barbie telah pun menjadi seorang wanita bekerjaya hanya selepas setahun ia diciptakan. Dia telah bekerja sebagai pereka fesyen, pramugari dan jururawat. Malah dalam memoir 1994, Ruth Handler mengatakan Barbie telah memberikan inspirasi kepada kanak-kanak perempuan:

Seluruh filosofi saya terhadap Barbie adalah melalui patung tersebut. Kanak-kanak perempuan boleh menjadi apa sahaja yang mereka mahukan. Barbie sentiasa menjadi contoh bahawa wanita mempunyai pilihan mereka sendiri.

Screen Shot 2023 07 21 At 6.36.07 Pm Cropped.png

Meskipun dihimpit dengan pelbagai kontroversi, statistik terbaru menunjukkan sebanyak tiga Barbie telah terjual setiap saat. Ini bermakna, sekurang-kurangnya 1 bilion patung ini telah terjual sejak ia diperkenalkan pada tahun 1959. Tak cukup dengan itu, filem Barbie juga kini merupakan filem nombor satu paling popular sedang ditayangkan di pawagam.

Nampaknya demam Barbie ni tak nampak tanda-tanda nak surut dalam masa terdekat. Korang dah tengok ke belum filemnya?