Ketahui tips penting persediaan menjadi suami, tips nombor 7 perlu diberi tumpuan

Ketahui tips penting persediaan menjadi suami, tips nombor 7 perlu diberi tumpuan

Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang dengan malam, pasang dan surut. Begitu juga dengan manusia, melalui perkahwinan menemukan pasangan untuk mengharungi segala suka duka kehidupan.

Perkahwinan juga mampu merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Ada banyak ayat al-Quran mengenai pensyariatan perkahwinan memenuhi tuntutan fitrah.

Seorang pengguna media sosial bermurah hati berkongsikan tips persediaan seorang lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga selepaa bernikah nanti.

Melalu hantaran FBnya menggunakan nama akaun Mohd Fhais Salim, dia berkongsikan 7 ciri persediaan buat seorang lelaki yang bakal berkahwin.

Buat para lelaki, bersedia la untuk hadapi benda-benda ni semua selepas kahwin.

1. Isi minyak kereta. Bab isi minyak ni, pasti ada je alasan dia bagi, yang sebenarnya dia malas nak bau minyak je.

2. Buang sampah. Masak keletang keletung sampai kuali terbang sekali pun, bila tong sampah penuh nama kita juga dia jerit “abg sampah dah penuh”

3. Car wash. Ini lagi satu alergik orang perempuan, dia mandi sehari 2 3 kali tak apa tapi kereta setahun tak mandi relaks je dia.

4. Jadi pakar tukang. Tak kira la apa kerjaya, walaupun chef lepas kahwin je terus jadi tukang paip, tukang lampu & tukang betulkan WIFI

5. Cucuk duit. Stanby siap siap cash dalam dompet, jangan biar kosong. Kang ada la, tup tup datang nak pinjam dulu nanti transfer.

6. Baju baru. Baju macam roti cepat expired. Pakai sekali dua je lepas tu dah tak up to date lagi. Dapat baju baru dia punya kerek, siap pakai tanya kita “lawa tak?”

7. Tudung. Jangan pelik kalau isteri bersiap berjam jam. Tudung sekarang walaupun tudung sarung nak setting molek molek tu take time juga.

Bersedia la wahai para lelaki, jodohmu sedang menanti untuk menguji cinta kamu..

Mohd Fhais Salim
Suami yang selalu di uji