Ketahui tujuh kaedah cegah kehamilan oleh pakar O&G ini
Pakar O & G terkenal negara, Dr. Imelda Balchin hari ini berkongsikan TUJUH kaedah mencegah kehamilan buat para ibu.
Perkongsian tersebut dibuat menerusi FB miliknya bertujuan mendidik mereka yang ingin meramcang kehamilan ‘terkejut’.
Hari ini chek nak bagi pesanan kepada semua suami-suami.
1. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘tarik keluar dan pancut di luar’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 500 orang isteri akan mengandung juga.
2. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘kondom’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 360 orang isteri akan mengandung juga.
3. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘pil perancang keluarga’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 180 orang isteri akan mengandung juga.
4. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘suntikan depo-provera setiap 3 bulan’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 120 orang isteri akan mengandung juga.
5. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘alat di dalam rahim intrauterine contraceptive device atau IUCD’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 16 orang isteri akan mengandung juga.
6. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘Alat di dalam rahim berhormon atau Intrauterine system atau IUS’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 4 orang isteri akan mengandung juga.
7. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘susuk implant’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 1 orang isteri saja mengandung.
Jadi hari ini, chek nak anda semua fikirkan dan berbincang dengan isteri masing-masing, jika anda mengandung esok, adakah isteri anda akan menangis dan datang mencari saya untuk meminta menggugurkan kandungan atau adakah anda akan redha dan terima kehamilan itu?
Kemudian chek nak anda semua ambil tahu apakah kaedah merancang keluarga yang anda dan isteri sedang gunakan sekarang.
Anda juga perlu tahu, menggugurkan kandungan itu bukan kaedah merancang keluarga, tetapi membunuh anak. Jadi, jika anda rasa anda dan isteri belum bersedia untuk hamil esok, dan akan menangis-nangis mencari doktor untuk permintaan menggugurkan kandungan, chek nak nasihatkan cuba usahakan kaedah merancang keluarga yang paling berkesan.
Anda juga perlu tahu, selagi isteri anda belum menopos dan masih lagi ada haid, maka masih boleh mengandung, walaupun usia sudah mencecah 40-an. Umur 44 tahun tu, kebanyakan wanita belum menopos lagi tau. Bila tiada haid selama 12 bulan untuk wanita berumur 50 tahun ke atas, baru boleh kata dah menopos dan boleh berhenti kaedah merancang keluarga. Bila tiada haid selama 24 bulan untuk wanita berumur 45 hingga 49 tahun ke atas, baru boleh kata dah menopos dan boleh berhenti kaedah merancang keluarga. Secara purata, usia menopos ialah 51 tahun.
Jika tak pasti dah menopos atau tidak, sila berjumpa dengan doktor, toksah tanya kat sini tau, pasai chek tak balik rumah semalam
sampai pukul 3 pagi dan dapat balik rumah 5 jam saja, laa ni kena start kerja dah, chek tak boleh duduk kat dalam media sosial untuk menjawab apa-apa sebab kerja doktor yang REAL hat kerja hospital tau, bukan doktor virtual.
Merancang keluarga itu lebih baik dari menggugurkan, dari segi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan emosi isteri anda. Jangan lupa, menggugurkan kandungan itu haram kecuali jika ada masalah perubatan tetapi menggunakan kaedah menrancang keluarga itu harus.
Jadi chek nak anda semua pikiaq hari ni, bincang bersama isteri anda hari ni, dan jadilah suami yang penyayang.
Sekian, terimakasih