Ketika proff kangkung terus mainkan sentimen perkauman, YB Cina ini makin aktif membantu seorang ibu tunggal berniaga

Ketika proff kangkung terus mainkan sentimen perkauman, YB Cina ini makin aktif membantu seorang ibu tunggal berniaga

Kak Ida yang diusir dari rumah semalam dan hanya tinggal RM50 dalam poket, hari ini buat pertama kali buka bisnes mampu menjana pendapatan RM276.

Walaupun hadapi pelbagai tekanan dan cabaran hidup yang sukar, Kak Ida mula bisnes di Bazaar Ramadan Alma Jaya dengan hari ini.

Saya amat kagum dengan semangat berjuang tinggi Kak Ida tanpa penat lelah untuk menjayakan bisnes selepas diusir keluar dari rumah sewa semalam.

Selepas berbincang dengan Kak Ida semasa buka puasa semalam, kami terus pergi ke kedai untuk membeli peralatan serta ramuan makanan untuk mulakan bisnes pisang goreng cheese serta kelopok lekor pagi ini.

Kak Ida yang berseorangan kurang yakin bahawa samada mampu untuk jalankan bisnes atau tidak. Saya bagi jaminan untuk bantu serta pastikan bisnes baru dia dapat berjalan dengan baik.

Hari ini memang satu hari yang istimewa kerana Bazaar Ramadan Alma Jaya merupakan satu-satunya Bazaar di seluruh negeri Pulau Pinang yang menjalankan transaksi perniagaan tanpa tunai atau e-Wallet. Kak Ida juga mengambil kesempatan ini untuk menjalankan digital transformations ke atas perniagaan dia secara tanpa tunai.

Terima kasih kepada YB Dato’ Hj Abdul Halim Hussain, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sudi datang memberi sokongan kepada Kak Ida. Saya begitu gembira apabila mendapati Kak Ida dapat bangkit dan mula perjalanan kehidupan baru. Semoga mudah rezeki dan sukses bagi perniagaan Kak Ida.

Lee Khai Loon