“Keturunanmu juga akan merasa kifarahnya” – Wanita bersumpah jadi mangsa gangguan seksual Da’i Syed, dedah macam mana boleh terlepas

“Keturunanmu juga akan merasa kifarahnya” – Wanita bersumpah jadi mangsa gangguan seksual Da’i Syed, dedah macam mana boleh terlepas

Seorang individu baru-baru ini ada memuat naik video meluahkan rasa kesal gara-gara menghidap masalah kemurungan melampau setelah menjadi mangsa gangguan seksual daripada pendakwah selebriti, Da’i Syed.

Dalam hantaran itu, wanita itu memuat naik keratan kenyataan daripada ACP Baharudin Mat Taib iaitu Ketua Polis Daerah Shah Alam mengenai keadaan mangsa akibat daripada perbuatan menjijikkan itu.

@chempakasuri97

Keturunan mu juga akan merasa kifarahnya. Doaku tidak akan pernah putus setiap sepertiga malam agar kau sentiasa dlm kecelakaan sehingga kata maaf dari mulutmu terucap. #mddsurvivor #ptsdsurvivor #pendakwahpsiko #dendamsampaimati

♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni

Semasa di kediaman tersebut, mangsa telah dirogol suspek. Pihak hospital juga mengatakan wanita berkenaan mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat insiden tersebut.

Menerusi kapsyen pula, individu itu menulis bahawa keturunan pendakwah selebriti itu akan merasa kifarah di atas perbuatannya dan akan sentiasa berdoa agar Da’i Syed sentiasa dalam kecelakaan sehingga tampil memohon maaf.

Dai syed

Sudah di syurga anakmu wahai si pelaku? Jangan kau sangka anakmu akan menarik tanganmu ke syurga kerana kau masih punya hutang denganku untuk aku tuntut di depan Allah Taala.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ada netizen bertanyakan mengenai mengapa Da’i Syed dilaporkan tidak bersalah dan individu itu dilihat tampil memberikan respon.

“Dia bebas tuduhan sebab tak cukup bukti nak tuduh dia. Case closed. Tapi media buat kenyataan yang dia tak bersalah sedangkan tak cukup bukti bukan tak bersalah.” tulis individu itu.