KFC, McD bersaing beri khidmat terbaik buat rakyat Malaysia

KFC, McD bersaing beri khidmat terbaik buat rakyat Malaysia

Syarikat makanan francais segera terkenal, KFC dan McD sememangnya telah mewarnai kehidupan rakyat di negara ini sekian lama.

KFC yang berpengkalan di Louiseville, Kentucky, Amerika Syarikat terlebih dahulu memulakan operasinya di Malaysia bermula tahun 1973 di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

11 tahun kemudiannya, McD pula menyertai KFC antara francais makanan segera terkemuka dunia terawal membuka operasinya di Malaysia pada 1982 di Jalan Bukit Bintang juga di Kuala Lumpur.

Beberapa minggu lepas, negara dihidangkan dengan kisah budiman pengurus KFC cawangan Jalan Dato’ Onn Jaafar Ipoh, yang sanggup menyediakan pesanan pelanggannya meskipun ketika itu masa operasi telah pun tamat.

Kisah tersebut boleh dibaca di sini

 

Hari ini, sebuah keluarga lagi berkongsi kisah menyentuh hati mengenai sikap budiman kru petugas McD.

Menurut perkongsian dilakukan pengguna FB bernama Suhaili Baharuddin, kejadian yang berlaku di McD cawangan Jerantut bukan sahaja menyentuh hatinya, malah turut kagum dengan semangat bertolak ansur pelanggan McD di situ.

Dalam hantarannya, dia menulis…

Dah 2 hari dia mintak mcD tak dapat. Punca que yang luar biasa panjang sebab raya kan? Time gini lemang rendang memang dah kurang laku.

Anyway, petang tadi Aqeeb sebut lagi

“i want chicken ayam”.

Jadi 6.15 petang tadi kami dah beratur dan que nya maha panjang. Dari banyak cerita sampai habis modal topik apa nak sembang dengan suami. Sudahnya senyap je dalam kereta.

Turn kami sampai waktu jam dah azan maghrib. Kau bayangkan lebih sejam beratur hazabnya demi ayam pedas Aqeeb ni. Takpe mak pak redah.

Kau jangan la suruh masuk dalam order kat mesin kaunter terus sebab orang beratur sampai ke luar pintu weh. Aku dah kata memang luar biasa.

Budak jaga kaunter drive thru : ”Ayam habis kak, nampak tak lori depan akak, tu ayam baru sampai dan baru nak loading. Memang kena tunggu lama lagi.”

Kau rasa?

Yang paling aneh adalah Aqeeb faham sebab tak semena-mena dia menangis kuat. Kecewa betul agaknya dah 2 hari tak dapat tapi bila dah beratur sikit punya hazab, ayam habis pulakkk.

Aku order la benda-benda lain walaupun tahu dia takkan heran. Masa nak collect makanan aku jenguk kat tingkap kaunter tu dan terus terang aje pada staff tu.

“Anak saya ni autism. Dia nak ayam spicy tapi lambat kan? Memang takde ke walau seketul? Saya bayar extra pun tak apa janji dia dapat. Saya nak beratur semula nanti memang tak mampu, tengok ajelah que ni.”

Dia dan kawan seorang lagi tengok Aqeeb tengah menangis tu depa cakap “lahh kesiannn..” nampak depa bincang itu ini siap aku dengar tepung nak setel lagi bla bla bla.

Keputusannya, lagi sejam aku datang balik dan aku tanya boleh tak nanti terus ke tingkap? Tak sanggup que dah sebab potensi Aqeeb hilang sabar tu tinggi. Depa kata okey.

Maka 8.30 tadi lepas solat maghrib terus aje aku datang semula ke sana dan menonong ke tingkap drive thru tu. Dah tentu kereta beratur melingkar-lingkar siap aku potong que sebiji kereta yang tengah tunggu nak ambik makanan depa.

Tak ke orang heran ni tempat drive thru apehal minah ni jalan kaki pi berdiri kat tingkap ni?

“Abang, maaf ya. Saya potong que jap.”

Abang tu dan isteri dia siap senyum sambil cakap takpe. Oi lega banyakkkk sebab tak perlu explain beria tapi sebagai rakyat Malaysia yang sopan aku cerita la kenapa.

Abang tu kata iya memang ramai betul orang bla bla bla. Kesian ke anak kalau autism dah la tak pandai cakap yadaa yadaaa.

Kau tahu semua staff dalam tu nak bernafas pun tak sempat gamaknya. Melayan setiap order dengan pelbagai ragam tambah pulak kalau dapat customer macam Aqeeb ni memang aduhai.

Dalam lampu jalan yang samar-samar tu tiba-tiba ayam sampai di depan muka aku. 9 ketul semuanya dan staff tu cakap takyah bayar sebab dia belanja.

Ternganga.

Jangan gitu.
Yang staff mcD ni tak tahu adalah aku dah bagitahu suami yang depa akan diberikan duit raya kerana bersusah payah begini. Small action matters as much as the big ones kan?

Beria dia tak nak aku bayar balik tapi ahh lantak aku selit kat bahagian apron duit ayam dan sampul raya. Korang bersusah payah begini aku dah terharu kemudian cakap pulak takyah bayar lagi la aku syahdu. Cakap terima kasih banyak-banyak dan kelam kabut berlari semula ke kereta abang tadi.

“Bang, ni duit raya untuk anak-anak. Terima kasih bagi saya potong que tadi.”

Terkejut brader tu dengan isteri dia. Beria juga cakap “eh tak payahhh” maka aku letak aje sampul tu melalui tingkap kereta yang terbuka tu. Sempat jenguk dalam kereta dan aku senyum pada anak-anak depa.

Mereka adalah sebuah contoh toleransi, kemampuan untuk bertolak ansur dan tuhan menghadirkan karakter seperti itu kepada jiwa manusia yang beriman.

Kebaikan staff Mcd Jerantut (crew Ain & Shamila) yang menyantuni dan memahami anak OKU seperti Aqeeb akan aku dan suami kenang sampai bila-bila. Happy dia akhirnya dapat chicken ayam.

Semoga usaha yang dirasakan kecil ini dicatatkan sebesar-besarnya dalam buku catitan pahala dan tuhan akan membalas dengan beribu ganda kemanisan lain dalam hidup mereka.

Itulah konsep sedekah yang sebenar. Bukan dalam bentuk wang ringgit tapi bersedekah dari segi tenaga, fikiran dan sikap, akhlak dan sokongan moral yang tinggi.

Ianya nampak kecil tapi memudahkan urusan orang lain memang datang dari rasa ihsan dan kebaikan hati.

Terima kasih kerana menjadi warga Malaysia yang memahami. 🇲🇾

Perkongsian dari FB Suhaili Baharudin