Khabar angin rumah tangga berakhir tersebar, isteri abang Viva tampil bersuara

Khabar angin rumah tangga berakhir tersebar, isteri abang Viva tampil bersuara

Rata-rata masyarakat di negara ini sudah ramai yang mengenali abang viva ataupun nama sebenarnya Azwan Omar. Ekoran daripada kisah abang viva yang bersemangat menolong penduduk yang dilanda banjir di Shah Alam pada penghujung tahun 2021.

 

Abang viva memuat naik video sedih di instagram

 

Abang viva tersebut telah melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita yang bernama Eva Noza Zakaria pada tahun lepas. Namun, berita tentang pasangan itu telah tular di sosial media. Ramai yang menyangka bahawa pasangan tersebut telah berpisah. Perkara tersebut adalah kerana abang viva tersebut pernah memuat naik video sedih di instagram miliknya.

Tidak akan menyaman pihak yang mengeluarkan berita tersebut

Oleh hal yang demikian, Eva Noza telah tampil menjelaskan perkara tersebut melalui satu hantaran video di aplikasi tiktoknya. Menurutnya, berita tersebut merupakan video yang dah lama, tetapi dia tidak faham kenapa masih ramai yang bertanya. Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak akan menyaman pihak yang mengeluarkan berita tersebut kerana menganggap perkara tersebut hanya perkara yang kecil. Tetapi, dia amat berharap pihak tersebut sedar akan kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarkannya.

Malas ingin memperbesarkan isu tersebut

Dia juga menyatkan bahawa dia malas ingin memperbesarkan isu tersebut. Dengan itu, dia cuma berharapa kepada sesiapa yang memuat naik berita yang tidak sahih tersebut, sila lah turunkan semula ‘posting’ tersebut sebelum orang lain salah faham dan fitnah semakin berleluasa.

@evanoza_

Ni adalah penjelasan pertama & terakhir eva utk story ni ya 🙏🏻 Eva tak nak dikaitkan dgn perkara yg tidak berfaedah… eva ada ank2 utk d jaga hati dan emosi mereka…eva ada bawa nama brand tertentu yg bekerjasama dgn eva dan semestinya maruah keluar kedua belah pihak🙏🏻 Salam manis dan salam ukhwah utk semua❤️ #statement #viral #pressconference #pc

♬ original sound – Evanoza_ – Evanoza_