Khabar duka sambut kepulangan pertama kali Anwar ke Cherok Tok Kun selepas dilantik sebagai PM

Khabar duka sambut kepulangan pertama kali Anwar ke Cherok Tok Kun selepas dilantik sebagai PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang ke kampung halamannya di Cherok Tok Kun buat pertama kali semenjak dilantik sebagai PM ke 10 semalam.

Kepulangan bersejarah itu disambut meriah penduduk kampung berkenaan yang seolah-olah bagaikan sudah tidak sabar menanti kehadirannya.

Namun, dalam kegembiraannya menyantuni masyarakat yang sudah dianggap seperti sebuah keluarga besarnya di situ, beliau dikejutkan dengan berita keguguran bayi dikandung puteri sulungnya, Nurul Izzah.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang tewas menentang Ustaz ‘TikTok’, Fawwaz Mat Jan dalam pilihanraya umum ke-15 sendiri menerusi hantaran FB miliknya petang tadi

Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan.

Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama – selesai berkempen, sempat pula menjangkiti covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya – dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone ❤️

‎إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ,

“Surely, we belong to Allah and verily to Him do we return.”

Syukur Alhamdulillah – saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individu nya berbeza.

Ungkapan mensyukuri nikmat – kata-kata indah untuk Yang Maha Esa – yang kita ucap kan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.

So to those of you, well almost all of us who have tasted loss, we can offer our doas, a big virtual hug, and a reminder – that life does go on.

And the splendour of joy and happiness – it lurks in every corner – whether it’s the smiles of Safiyah, Harith and Yu Zhou – or in the warm embrace of my own papa and mama, every moment counts.

Happy homecoming in every warmth you experience. Healing is a journey – and if you need to take some time to breathe in the moment – just do it. Before the next chapter in life begins anew ❤️, InshaaAllah.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, di mana terletaknya kampung halaman Anwar, YB Steven Sim turut berkongsikan kegembiraannya menerima kehadiran bosnya di Kementerian Kewangan itu.

Menerusi hantaran FBnya, dia turut merakamkan takziah di atas kehilangan ‘baby’ kandungan kepada Nurul Izzah.

Oghang BM rasa bangga sangat-sangat apabila PMX Anwar Ibrahim pulang ke kampung halaman di Cerok Tokun.

Saya dijemput singgah bersama famili PMX di rumah pusaka mereka. Abang PM, Cikgu Idrus, guru besar sekolah rendah saya. Isteri cikgu, Kak Idah, masak punya cekodok memang is the best in Bukit Mertajam, some say in Penang. 😬 Dengar kata feveret PMX jugak.

Kegembiraan sambut PMX di kampung bertukar jadi sayu apabila Saudari Nurul Izzah Anwar memberitahu famili bahawa dia mengalami keguguran.

Beberapa minggu ini ketika kami kerja bersama-sama, Sdri Izzah langsung tidak menampakkan sebarang kelemahan fizikal mahupun mental. Dia tetap buat kerja tanpa kenal penat lelah. Siapa sangka, di sebalik senyuman ayu Nurul Izzah, dia sedang menanggung ujian yang seberat ini.

Semalam dalam dakapan ayah dan bonda, Izzah akhirnya menitiskan air mata yang ditahan sekian lama.

Tiada kata-kata dapat mengubat hati seorang ibu yang kehilangan kandungannya. Saya hanya mampu mengucapkan “take care my dear friend”.

Keluarga Anwar Ibrahim sudah banyak berkorban demi rakyat dan negara. Saya doakan agar PM kita, Kak Wan, Izzah dan mereka sekeluarga akan sentiasa dilindungi Yang Maha Esa. 🤲🏼

Anwar dan isteri kemudiannya terus terbang ke Brunei dalam rangka lawatan kerja rasminya selama 2 hari di negara tersebut bermula hari ini.

Sumber FB Anwar Ibrahim

Sumber FB Anwar Ibrahim