Khairuddin At-Takiri bidas Hadi terima maklumat salah dari orang kelilingnya

Khairuddin At-Takiri bidas Hadi terima maklumat salah dari orang kelilingnya

Orang kanan dan kiri pemimpin sangat penting. Dalam Hadis disebut sebagai “bitonah”. Ada “bitonah” yang baik dan ada yang tidak.

Laporan mereka selalunya menentukan keputusan yang diambil oleh pemimpin. Jika orang kanan kiri hanya membentang perkara yang menggembirakan untuk didengar oleh pemimpin maka kesannya sangat besar kerana strategi untuk mencapai sesuatu dibuat berdasarkan gambaran yang diberikan.

Kaedah Fiqh menyebut

الحكم على الشيء فرع عن تصوره

“Hukuman dan keputusan terhadap sesuatu adalah cabangan daripada gambaran terhadap sesuatu itu”

Apabila tindakan telah dibuat berdasarkan maklumat kurang tepat lalu berakhir dengan keputusan kurang memberangsangkan agak sukar pula bagi pemimpin untuk undur membetulkan strategi kerana orang kanan dan kiri akan datangkan pula pelbagai alasan untuk menutup kekeliruan maklumat awal yang diberikan.

Dr Khairuddin Takiri
Sabtu 5.3.2022