Khairuddin At-Takiri dedah Pas tolak idea kerjasama PN dan PH menentang BN di PRN Johor

Khairuddin At-Takiri dedah Pas tolak idea kerjasama PN dan PH menentang BN di PRN Johor

Muhasabah 1

Politik serba mungkin. Jika PN membuat persefahaman rundingan kerusi dengan PH beberapa kerusi PN boleh menang melawan BN. Di Dun Bukit Pasir
PN 5850 + PH 4676 boleh mengalahkan BN 6048. Di Dun Serom PN 7808 + PH 5509 mengalahkan BN: 8507. Di Dun Tenggaroh
PN 9172 + PH 1529 boleh mengalahkan BN 10,528.

Saya difahamkan sudah ada cadangan seperti ini sebelum PRN Johor tetapi ditolak oleh PAS kerana prinsip. Jika benar, harapnya jangan ada yang cuba melontarkannya untuk kali ke dua demi mencapai kemenangan kerusi. Dalam politik yang tidak berprinsip, musuh boleh bertukar kawan dan kawan boleh menjadi lawan demi mencapai matlamat.

Dr Khairuddin Takiri
Ahad 13.3.2022