Khairuddin At-Takiri yakin Pas akan kalah di dua negeri Pantai Timur PRU-15 nanti

Khairuddin At-Takiri yakin Pas akan kalah di dua negeri Pantai Timur PRU-15 nanti

Bekas pimpinan tertinggi Pas, Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali sekali lagi menimbulkan kemarahan ahli bekas partinya itu.

Ia susulan pendedahan yang dilakukan seorang blogger politik veteran mengenai peluang Pas berdepan PRU-15 akan datang berdasarkan pandangan bekas Menteri Sawit itu.

Blogger tersebut berkongsi keyakinan  disuarakan Khairuddin bahawa Pas akan tumbang di 2 negeri kubu kuatnya di Kelantan dan Terengganu sekiranya berlaku pilihanraya dalam masa terdekat ini.

Dalam tulisannya yang boleh dibaca menerusi FB Mohd Sayuti Omar II antara lain menulis,

Bekas Orang Kuat Pas Yakin Kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu Akan Jatuh.

Bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Dr Khairuddin Aiman Razali meletakkan keyakinan kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu akan tumbang dalam pilihan raya akan datang.

Tanpa memperincikan faktor kejatuhan itu beliau hanya minta kita sama² tunggu perkembangannya.

Beliau memyatakan keyakinan itu sebagai menepis dapatan saya yang kerajaan Pas di Kelantan sukar untuk dijatuhkan.

“Tidak sheikh bukan sahaja Pas Kelantan terguling kali ini, tetapi Terengganu juga,” ujarnya yakin.

Dakwanya beliau ada maklumat boleh dipercayai mengenai hal itu dan hal itu sungguh menarik.

Ditanya macam mana dengan nasibnya di kerusi Parlimen Kuala Nerus bekas menteri Perusahawan, Peladangan dan Komoditi itu tidak mahu membuka mulut mengenai itu tetapi dilihat kepada bahasa badannya beliau seperti ada perancangan tersendiri.

Apakah beliau akan beegerak secara solo atau akan menyertai mana² kumpulan politik? Trims.